Monday, December 29, 2008

satu dan dua

satu
mak kata aku kena allergic tapi tak tahu allergic apa. badan aku bengkak2, merah2 (sebab aku garu..tak tahan) dan gatal2. sampai ke muka. adoiaii. semalam tak boleh nak tido sangat sebab gatal. hari nie dapat tido petang lepas makan ubat, tu pun kejap jer. uhuu hopefully before balik dah sembuh. kalau tak, tak taulah aku macam mana. haih..

dua
comments and critics are very much appreciated. trimas in advance :)

Sunday, December 28, 2008

you pay...now, bitch!



LOL

Blog template

ada sesiapa yang pakar dalam blog template nie? nak mintak tolong buatkan satu boleh? aku nak buat satu lagi blog untuk portfolio aku.

anyone?

(trimas in advance though ;)

Friday, December 26, 2008

mungkin aku patut periksa balik mata aku

hari2 sebelum hari ini, aku nampak:

my bloglist
noheartfilin
aku dah naked !!


yang sebetulnya:

noheartfilin
aku dah nekad !!


beberapa minit sebelum nie:

membaca blog saya sukakan gerimis, entry ya, salju itu sejuk!
aku terbaca
'(gambar)
polar bear salju itu sdg berada dalam kategori kecomelan. haha.
terlupa nak tangkap gambar gigolo. hm.'

yang sebetulnya:

'(gambar)
polar bear salju itu sdg berada dalam kategori kecomelan. haha.
terlupa nak tangkap gambar igloo. hm.'

kepada mangsa2 di atas, maaf kerana mungkin aku telah melucahkan blog anda sedikit, kot. eheh
mungkin aku patut periksa balik mata aku.
haih

misteri kehilangan towel

*masuk bilik nak amik towel*

"eh, mana towel aku?"

*tengok2 atas katil abang & adik aku, kot2 missplaced kat situ tapi tak ada jugak*
*tengok balik kat penyidai towel, kot2 jatuh atas lantai tapi tak ada jugak*

"meow, ko ada tengok towel aku tak?"
"meeeooow"
"aik, mana towel aku meow?"
"meeeeoooow"

*keluar bilik, garu2 kepala. nak ingat balik mana aku letak towel*
*masuk balik bilik, check balik kat penyidai towel*

"aik..mana towel aku?"

*keluar bilik, garu2 kepala*

"asal aku rasa cam tak pakai seluar nie ha?"

*tengok diri sendiri*

"ya Allah!"

*gelak2*
*abang & adik aku baru dapat pickup situasi aku tadi. abang aku dah start gelak besar*

"bodo!"
"hahahahah orang paling tuyuk kat dunia tok (orang paling bodo kat dunia nie)"
"diamlah bodo!"

*abang aku gelak tak henti2*
*masuk bilik air nak mandi*
*abang aku masih gelak tak henti2*

"bodo!"

*lepas mandi*

"dah jumpa towel ko tadi?" tanya adik aku sambil gelak2

-.-"
taik betol dorang nie.

flashback
lepas balik dari ronggeng christmas dengan kawan2 aku tadi, aku terus masuk bilik abang & adik aku (sebab penyidai towel dalam bilik dorang) capai towel, tukar seluar dengan towel (esok nak pakai balik jeans tu keke), on laptop. ym kejap dengan haziq semata2 nak kutuk dia (haha), pastu masuk balik bilik dorang nak amik towel.

moral of the story:
lu pikirlah sendiri.
&&
jangan kutuk orang, kot.

(tengah hari sampai petang 6:30: shift dengan family)
(sila abaikan keadaan gambar ini, trimas hehe)

(petang 6:30 sampai malam 10:00: shift dengan kawan2)
(shirley gemok yea yea! aku pun nak gemok jugak :C)

Saturday, December 20, 2008

hidup seperti tajuk blog miss bobby

rasa macam dah malas nak berblogging. nak update blog pun aku tak tau nak tulis apa. actually, memang banyak benda nak tulis kot, tapi tak tau nak olah macam mana. writing skills aku sangat teruk. masa aku dua tiga hari ni hanya diisikan dengan menjelajah ke blog2 orang, bermain pet society di facebook, dan menonton tv.

sebenarnya, banyak juga (taklah banyak sangat pun) 'task' aku cuti ni. aku sepatutnya mencari tajuk2 yang sesuai untuk dibuat thesis semester depan, tapi otak aku masih ligat memikirkan genre mana yang aku patut pilih, photojournalism atau fine art photography. terhenti di situ, buntu. tergerak juga hati ingin mencuba fashion photography, tetapi aku punya masalah komunikasi yang agak komplikated yang akan menyukarkan aku untuk bekerjasama dengan para model.

*mengeluh*

tinggalkan saja. nanti2lah aku fikirkan.

keduanya, ini sudah lama diberikan oleh abang aku, tapi disebabkan otak aku ni sukar nak menjanakan idea2 yang bagus, tergendala lagi. aku patutnya sudah menyiapkan design muka depan untuk buku yang abang aku ingin terbitkan berbulan lamanya dulu. sekarang dah nak masuk tahun depan pun, masih tak siap lagi. konsepnya memang sudah diberitahu, cuma aku perlu fikir lagi dengan lebih mendalam (cehh) bagaimana untuk memantapkan lagi designnya. sebab tu sampai sekarang tak buat2 lagi. yelah, tulisan abang aku best takkan aku nak buat yang tak seberapa jer kan?

ketiganya, ini pun dah bulan2 lepas jepth bagi kat aku. sampai sekarang aku tak siapkan lagi. jepth perlukan artwork untuk dushbangcore. tema pun dah ada. actually aku dah siapkan satu, tapi aku rasa artwork aku tu tak sampai taraf dengan artwork dorang. kena baiki lagi. sebab tu sampai sekarang aku sengih2 (dalam ymlah eheh) kat dia bila dia tanya dah buat artwork ke belom. sorry boss! (kalau nanti masa kerja macam ni, memang masaklah aku) sekali lagi, aku memang tak suka kalau buat design/artwork untuk orang lain, buat yang tak seberapa (tapi kalau aku pernah buat cincai untuk korang, maaf ek?)

keempat, aku dah lama nak buat design tees sendiri. dah banyak kot sketch design dalam sketch book aku ni, cuma aku sendiri yang mereject design2 tersebut sebab aku rasa belom cukup bagus untuk direalisasikan atas tees. takkanlah aku nak buat ala kadar pastu budget jual RM30 kot. agak2lah. walaupun sekarang design macam tu memang boleh jual punya (yelah, atas dasar nama 'indie' or what-so-ever) tapi untuk kepuasan diri aku sendiri, aku kuburkan dulu niat aku tu. tunggulah bila dah betol2 design tu aku puas hati, aku cuba buatkan.

apa2pun, harap2 tahun depan aku tak semalas ni. thesis dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan dan moga2 mutu artwork aku dapat ditingkatkan dengan jayanya. dan juga, semoga aku rajin untuk mengupdate blog ni. hehe

till then,
sayonara

Tuesday, December 16, 2008

apa ubat tahan ngantok?

habiskan berjam2 siapkan sketch malas nie. design untuk dushbangcore tak buat lagi. adoiaiii..pemalas nak mampus aku nie. dahlah, aku ngantok. moga2 esok aku ada kerajinan untuk start buat design tu ye.

goodnite everybody

Monday, December 15, 2008

kopi apa yang takda rasa, takda bau?

little_cracker03: kopitiam
little_cracker03: hahaha
haziq: salah salah
little_cracker03: kopipaste
little_cracker03: haha
haziq: tak tak
little_cracker03: kopiah
little_cracker03: Grin
haziq: bukan
haziq: hahahaha
haziq: kalau ko btul aku blanje mkn
little_cracker03: bistu ape sengal?
little_cracker03: wahh menarik
little_cracker03: emmm
little_cracker03: kopi
little_cracker03: kopi...
haziq: har har
little_cracker03: ntahla weihh
haziq: nak tau tak jwpn nye
little_cracker03: nk
haziq: jwpn nye
haziq: ko pikirlah sendiriiii... asamekomm!
little_cracker03: babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
haziq: AHAHAHAHHAHAHA

gunalah teka teki merepek nie untuk kenakan rakan2 anda. nak bagi lagi menarik, offer rakan2 anda belanja makan sekiranya dapat menjawab dengan betul (tetapi sila pastikan 100% rakan2 anda tidak tahu jawapan teka teki tersebut bagi mengelakkan anda mengeluarkan duit untuk belanja makan nantinya) - sekiranya rakan2 anda dapat menjawab teka teki ini, jangan salahkan saya kerana anda over confident. hehe

Thursday, December 11, 2008

jangan biarkan hidup anda diselubungi...misteri

selepas berbloghopping beberapa hari yang lepas, aku tergerak hati nak berkongsi beberapa cerita dengan korang semua.
(selesai membaca, mari berkongsi pengalaman anda pula hehe)

kesah satu
belum lagi memulakan cerita aku dah seram sejuk. eheh

kejadian nie berlaku masa aku tingkatan tiga dulu. biasalah duduk asrama, memang macam2 cerita yang boleh didengar. tapi tak pernah mengalami sendiri, sampai satu malam itu.
macam biasa, kalau dah duduk asrama, tiap2 malam akan ada sesi minum malam sambil ehem, bergossipan. malam tu ntah macam mana, masing2 malas nak turun tingkat bawah untuk ambil air dari watercooler padahal nak sesi minum malam nie! bila sorang2 dah malas, aku pun pergilah bawah, yelah, nak tunggu anak dara sekor2 jawabnya sampai esoklah. haha aku ingat lagi masa tu baru pukul 10+ tapi ntah kenapa macam ada serba tak kena jer malam tu sebab tingkat bawah pada masa tu sangat lengang, padahal kebiasaannya masih boleh kedengaran lagi hiruk-pikuk warga asrama, selagi warden tak datang ronda tak senyaplah. watercooler masa tu terletak di sebelah kiri dan kanan asrama, dua2 sebelah exit stairs. orang2 bercerita, malam2 jangan pergi kat watercooler sebelah kiri, sebab tangga sebelah kiri agak menyeramkan sikit. dan kenapa malam tu, aku memilih untuk ke sebelah kiri, mungkin nak cepat sebab sebelah kanan masa tu ada orang tengah ambil air. masa tu pulak aku dengan botol coca cola besar. sedang aku menunggu botol tu penuh (tau lah botol besar, memang agak lembab sikit) tiba2 mata aku macam ternampak benda putih di depan aku dan di tepi tangga exit tu. aku nie agak musykil lah sikit, aku tengok lagi, nak memastikan apa. secara perlahan mata aku menganalisis benda tu (alamak, bunyi anjing menyalak2 masa aku menulis nie. babi!) ingin aku make a clear view di sini, benda itu seakan2 kain putih. sampai paras dada benda tu, aku dah rasa cuak dan lain macam. aku bagitau otak dan mata aku untuk berhenti setakat itu. tapi, masa tu aku tak terus lari, aku boleh lagi tunggu sampai botol aku penuh. haha masa tu lagi suku nak penuh. lepas dah penuh tu, aku tak lari jugak, tapi aku berjalan..secara laju. lol masa tu aku boleh rasakan, macam 'benda' itu ikut aku. orang kata jangan pandang belakang, tapi aku pandang jugak. yelah, takut kot. nasib baiklah tak ada papa, tapi rasa diekori tu masih ada. dua tiga kali jugak aku toleh belakang. nasib baik bilik aku tingkat satu. sampai bilik, aku terus duduk atas katil. kawan aku dah hairan. dia tanya aku, tapi aku tak dapat nak ceritakan. lepas dah tenang beberapa minit, barulah aku boleh cerita. tapi yang aku dapat hanyalah, "kenapa ko tak lari?" "kenapa pergi bawah sorang2?" dan blablabla..lol lepas dari itu, aku tak berani turun bawah sorang2.

kesah dua
masa tu tengah latihan taekwando. latihan kitorang memang stok malam2, pastu buat kat dataran pulak malam tu. seronok beb! (aahh..bestnya zaman sekolah dulu2) masa tu tengah rehat, so kitorang borak2lah menunggu sambung latihan. tiba2 mata kitorang ternampak seperti shooting star di langit. kitorang pun begitu teruja, terjerit2 "wahhh tengok2 wish sekarang!" sambil tunjuk2 benda tu. tiba2, puff, benda tu jatuh. kitorang terus terdiam. yelah, kalau betul shooting star takkanlah terus jatuh masa kitorang tunjuk kan? instructor (lupa da apa panggilan untuk yang ajar kita tu) kitorang pun kata, "ada bendalah tu"..gaya dia cakap tu sangat cool ok, begitu..misteri. chewahh! hehe kitorang tak tahu mana benda tu jatuh, tapi dengar2 cerita jatuh di sebelah belakang dewan..uhuuu

kesah tiga
masa aku duduk asrama dulu, aku jarang ditempatkan satu bilik dengan kawan2 aku..selalu nak campak aku dengan budak2 junior. jadi, dipendekkan cerita. aku memang jarang tido bilik sendiri. selalu merempat bilik kawan2 aku..selalu menumpang katil sahabat baik aku dulu (sekarang dah lost contact uhuu) seperti biasa, sebelum tido, mestilah ada sesi bergossipan, luahan hati dan etc2..lol untuk pengetahuan korang, katil dia katil atas dan tepi tingkap. kat luar tu boleh nampak dewan makan. eheh masa tu dah tengah malam dah..dah nak dekat pukul satu, tapi kitorang masih lagi sembang2 (biasalah perempuan) pastu tiba2, aku terdengar bunyi bayi menangis. pulak tu sangat dekat kat telinga aku. sebelah telinga aku ok. sumpah aku tak tipu. pada masa sama jugak, kawan aku terdiam. aku jeling dia. aku tanya, "ko dengar apa yang aku dengar ke?" cepat2 dia angguk. lepas aku tanya dia soalan tu, bunyik bayi tu makin kuat. kitorang apa lagi, tutup tingkap terus tido. uuuuuuu..

kesah empat
masa tu aku sorang2 kat umah sewa aku tu. budak2 umah aku tak ingat g mane. aku nie jenis yang penakut. dulu dok asrama takdelah takut sangat tapi sekarang, ketakutan aku melampau2 kot. uhuuu..dipendekkan citer, kalau aku sorang2 kat umah, aku memang bukak semua lampu, pastu tutup pintu bilik. aku terus call pakwe aku ajak sembang2 ngan aku kejap. haha masa tengah2 sembang tu, tiba2 aku terdengar dan ternampak tapak kaki berjalan kat ruang tamu. mak aihh, amik kau. aku terus terdiam. yelah, kalau budak umah aku, mesti dah dengar bunyi dorang, belom masuk rumah lagi dah bising2. aku diam jer, aku tak cakap pun kat pakwe aku. esoknya baru aku cakap (aku tak ingat esoknya ke bila, tapi aku citerlah kat dia) sampai sekarang aku tak berani nak dok rumah tu sorang2 waktu malam, dan sampai sekarang aku tak pernah lagi citer kat budak2 rumah aku

sebenarnya banyak lagi citer, tapi sekarang dah 1:47am. takut woo nak citer lebih2..eheh korang pulak?

Monday, December 8, 2008

rindu aku tak?

rindu tak? rindu tak?
kalau tak rindu tak nak tulis blog lagi
bwahahaha

p/s: selamat hari raya aidiladha semua rakan2 blog :)

Wednesday, December 3, 2008

Tag dan gambar seksi

First thing first, aku nak bayar hutang tag dulu. Memandangkan tag Niza yang lepas aku tak buat lagi, aku letakkan tag dia terakhir. Nak tengok gambar seksi aku tak? Jadi, kena baca sampai habis..bwahaha

001
(memandangkan tag dari moonsyi dan yasmeen nie lebih kurang sama jer, so aku sekalikanlah)
Eh, jap. Rasanya tag ini aku dah pernah buat kot. Sila ke link ini untuk baca balik. Keke

002
i. Sertakan tiga keping gambar anda yang anda rasa paling seksi.
ii. Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan, mungkin anda rasa senyuman anda masa itu adalah seksi, sertakan!
iii. Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi di mata anda?
iv. Tag 5 orang yang seksi.
v. Selamat berseksi!

Tapi aku nak letak satu jer. Dah sedia nak tengok? Dah? Dah????? Ok, tengoklah puas2.

Seksi kan? Hahaha

Tuesday, December 2, 2008

apa topik hari ini?

saying goodbye without even saying goodbye is more easier,
kan?

on the other hand,
aku sangat menyampah tengok iklan tom tom bak minggu nie
setiap kali masa penghujung iklan tu, "what the fuck?" akan keluar dari mulut aku
budak-budak sekarang 'memang pok lalu!'
nuff said.

budak, kalau aku jumpa kau, aku nak lempang kau sampai hilang ingatan

(motif: tak ada motif. duit tinggal RM8 Undecided darn it!)