Thursday, December 11, 2008

jangan biarkan hidup anda diselubungi...misteri

selepas berbloghopping beberapa hari yang lepas, aku tergerak hati nak berkongsi beberapa cerita dengan korang semua.
(selesai membaca, mari berkongsi pengalaman anda pula hehe)

kesah satu
belum lagi memulakan cerita aku dah seram sejuk. eheh

kejadian nie berlaku masa aku tingkatan tiga dulu. biasalah duduk asrama, memang macam2 cerita yang boleh didengar. tapi tak pernah mengalami sendiri, sampai satu malam itu.
macam biasa, kalau dah duduk asrama, tiap2 malam akan ada sesi minum malam sambil ehem, bergossipan. malam tu ntah macam mana, masing2 malas nak turun tingkat bawah untuk ambil air dari watercooler padahal nak sesi minum malam nie! bila sorang2 dah malas, aku pun pergilah bawah, yelah, nak tunggu anak dara sekor2 jawabnya sampai esoklah. haha aku ingat lagi masa tu baru pukul 10+ tapi ntah kenapa macam ada serba tak kena jer malam tu sebab tingkat bawah pada masa tu sangat lengang, padahal kebiasaannya masih boleh kedengaran lagi hiruk-pikuk warga asrama, selagi warden tak datang ronda tak senyaplah. watercooler masa tu terletak di sebelah kiri dan kanan asrama, dua2 sebelah exit stairs. orang2 bercerita, malam2 jangan pergi kat watercooler sebelah kiri, sebab tangga sebelah kiri agak menyeramkan sikit. dan kenapa malam tu, aku memilih untuk ke sebelah kiri, mungkin nak cepat sebab sebelah kanan masa tu ada orang tengah ambil air. masa tu pulak aku dengan botol coca cola besar. sedang aku menunggu botol tu penuh (tau lah botol besar, memang agak lembab sikit) tiba2 mata aku macam ternampak benda putih di depan aku dan di tepi tangga exit tu. aku nie agak musykil lah sikit, aku tengok lagi, nak memastikan apa. secara perlahan mata aku menganalisis benda tu (alamak, bunyi anjing menyalak2 masa aku menulis nie. babi!) ingin aku make a clear view di sini, benda itu seakan2 kain putih. sampai paras dada benda tu, aku dah rasa cuak dan lain macam. aku bagitau otak dan mata aku untuk berhenti setakat itu. tapi, masa tu aku tak terus lari, aku boleh lagi tunggu sampai botol aku penuh. haha masa tu lagi suku nak penuh. lepas dah penuh tu, aku tak lari jugak, tapi aku berjalan..secara laju. lol masa tu aku boleh rasakan, macam 'benda' itu ikut aku. orang kata jangan pandang belakang, tapi aku pandang jugak. yelah, takut kot. nasib baiklah tak ada papa, tapi rasa diekori tu masih ada. dua tiga kali jugak aku toleh belakang. nasib baik bilik aku tingkat satu. sampai bilik, aku terus duduk atas katil. kawan aku dah hairan. dia tanya aku, tapi aku tak dapat nak ceritakan. lepas dah tenang beberapa minit, barulah aku boleh cerita. tapi yang aku dapat hanyalah, "kenapa ko tak lari?" "kenapa pergi bawah sorang2?" dan blablabla..lol lepas dari itu, aku tak berani turun bawah sorang2.

kesah dua
masa tu tengah latihan taekwando. latihan kitorang memang stok malam2, pastu buat kat dataran pulak malam tu. seronok beb! (aahh..bestnya zaman sekolah dulu2) masa tu tengah rehat, so kitorang borak2lah menunggu sambung latihan. tiba2 mata kitorang ternampak seperti shooting star di langit. kitorang pun begitu teruja, terjerit2 "wahhh tengok2 wish sekarang!" sambil tunjuk2 benda tu. tiba2, puff, benda tu jatuh. kitorang terus terdiam. yelah, kalau betul shooting star takkanlah terus jatuh masa kitorang tunjuk kan? instructor (lupa da apa panggilan untuk yang ajar kita tu) kitorang pun kata, "ada bendalah tu"..gaya dia cakap tu sangat cool ok, begitu..misteri. chewahh! hehe kitorang tak tahu mana benda tu jatuh, tapi dengar2 cerita jatuh di sebelah belakang dewan..uhuuu

kesah tiga
masa aku duduk asrama dulu, aku jarang ditempatkan satu bilik dengan kawan2 aku..selalu nak campak aku dengan budak2 junior. jadi, dipendekkan cerita. aku memang jarang tido bilik sendiri. selalu merempat bilik kawan2 aku..selalu menumpang katil sahabat baik aku dulu (sekarang dah lost contact uhuu) seperti biasa, sebelum tido, mestilah ada sesi bergossipan, luahan hati dan etc2..lol untuk pengetahuan korang, katil dia katil atas dan tepi tingkap. kat luar tu boleh nampak dewan makan. eheh masa tu dah tengah malam dah..dah nak dekat pukul satu, tapi kitorang masih lagi sembang2 (biasalah perempuan) pastu tiba2, aku terdengar bunyi bayi menangis. pulak tu sangat dekat kat telinga aku. sebelah telinga aku ok. sumpah aku tak tipu. pada masa sama jugak, kawan aku terdiam. aku jeling dia. aku tanya, "ko dengar apa yang aku dengar ke?" cepat2 dia angguk. lepas aku tanya dia soalan tu, bunyik bayi tu makin kuat. kitorang apa lagi, tutup tingkap terus tido. uuuuuuu..

kesah empat
masa tu aku sorang2 kat umah sewa aku tu. budak2 umah aku tak ingat g mane. aku nie jenis yang penakut. dulu dok asrama takdelah takut sangat tapi sekarang, ketakutan aku melampau2 kot. uhuuu..dipendekkan citer, kalau aku sorang2 kat umah, aku memang bukak semua lampu, pastu tutup pintu bilik. aku terus call pakwe aku ajak sembang2 ngan aku kejap. haha masa tengah2 sembang tu, tiba2 aku terdengar dan ternampak tapak kaki berjalan kat ruang tamu. mak aihh, amik kau. aku terus terdiam. yelah, kalau budak umah aku, mesti dah dengar bunyi dorang, belom masuk rumah lagi dah bising2. aku diam jer, aku tak cakap pun kat pakwe aku. esoknya baru aku cakap (aku tak ingat esoknya ke bila, tapi aku citerlah kat dia) sampai sekarang aku tak berani nak dok rumah tu sorang2 waktu malam, dan sampai sekarang aku tak pernah lagi citer kat budak2 rumah aku

sebenarnya banyak lagi citer, tapi sekarang dah 1:47am. takut woo nak citer lebih2..eheh korang pulak?

11 comments:

Anonymous said...

nasib naek aku on9 kat mcD
tapi aku takut dah nak balik sorang2 nih.
mak!!!!

wah seram aku dgn kisah no.2 tuh..
pelik gile!!

Anonymous said...

aku pun lom tido gik. now dah 2.33am..

zzzzzzzzzzzzzzz

ngok. gi cita hantu ya kenak! aduhh.. aku mok kemeh tok. ulu aku lok!

Bobby Nuurri said...

horror doo. kalo diam asrama, mun sekda kesah hantu. nang pelik. grrr. mals ku citaa. bikin horror jak.

Anonymous said...

sayang sekali...
sy x berpeluang ke asrama..
padahal memang layak dapat
dapat tawaran plak tuh
parents x bagi
warghhh
doakan sy tahun depan dapat masuk asrama plak...
teringin nak merasa pengalaman

horror?
erm,sy x pernah berpeluang nak jumpa hantu/jembalang/polong dan segala bagai lagi lah...
ble la nak jumpe nih...
haha..
buat pengetahuan akak..
sy amat menggemari cite2 antoo nih
ha3
nak sangat tengok hantu2 sekalian ...
hope la

in motion said...

deen: jgn ada yg menumpang sudah
hehe
mrsfinee: haha sorry pok teringin pulak marek jgn mrhh..ala xda papa ya bah..ilek
missbobby: btol2 :D
loque: jgn mtk dik..akak xnk..ckupla..uhuu

Meooo Comicore Club said...

cite no 2 tu sye penah kena. masa tuh blaja di UUM. Jgn tegur lain kali. Diam je.

Anonymous said...

Sy nak gak rase pengalaman cenggituh...ho3

Anonymous said...

aku selamat pulang. tak ada yg menumpang. lol ko.

Farihin Hadi said...

OMG!cita psl asrama, pnh x ko dgr bunyi kosi meja diheret2,bisin kat dewan makan malam? huhu..aku pn takut juaakkkkk........

Anonymous said...

taekwndo?..gulp..

sickchild said...

hahaha. aku la antu tu.

Post a Comment