mereka sedang berperang sekarang, adakah dengan mengutuk2 agama lain akan membantu menghentikan peperangan di sana? kamu nak mulakan peperangan di sini pulak ke?
aku tak diajar untuk disrespect agama orang lain, apatah lagi untuk mengutuk secara terang2an yang akan sah2 menyebabkan huru-hara di negara sendiri. aku tidak diajar untuk menjadi bodoh sebegitu.
aku dah penat mendengar soalan2, "Kenapa orang Islam macam nie? Kenapa kat negeri kita tak ada jadi pun isu macam kat sini?"
aku dah penat mencari jawapan untuk kesalahan2 kamu, sebab aku tahu, aku jawab macam mana sekalipun, perspektif mereka sudah berubah. mereka tetap akan fikir, "orang Islam memang macam tu"
aku rasa nak betulkan balik tanggapan mereka pun dah tak boleh. dalam ni pun dah penuh dengan isu2 perkauman, diskriminasi dan macam2 lagi.
tengoklah keadaan sekarang macam mana.
and so,
teruskanlah niat kamu, tapi tunggu aku dapat carik negara yang betul2 aman untuk aku pindah ke sana dulu.
terima kasih kerana memulakan peperangan yang akan datang.
(the portfolio sudah ada update, sila)










