Monday, February 16, 2009

they have their wars, you want yours too?

aku tak taulah kesahihan cerita nie sebab aku tak berada di tempat kejadian ataupun mungkin aku tak perasan. dengar khabarnya hari sabtu lepas, (sempena korang menyambut hari berkasih sayang korang tu) ada satu ceramah (mungkinlah, aku pun tak berapa pasti) di PKNS, antara isi kandungannya adalah, mengutuk agama Kristian. hendaklah diingatkan di sini aku bukan nak menyokong agama ini mahupun aku terpesong jauh dari agama aku, tapi untuk kita yang hidup dalam satu negara yang boleh dikira agak 'aman' ini, aku rasa isu2 macam tu tak perlulah dibangkitkan. khabarnya juga kawan aku yang berada di tempat kejadian (dan juga beragama Kristian) kata ceramah itu sempena dengan perang sekarang kat Palestin tu.

mereka sedang berperang sekarang, adakah dengan mengutuk2 agama lain akan membantu menghentikan peperangan di sana? kamu nak mulakan peperangan di sini pulak ke?

aku tak diajar untuk disrespect agama orang lain, apatah lagi untuk mengutuk secara terang2an yang akan sah2 menyebabkan huru-hara di negara sendiri. aku tidak diajar untuk menjadi bodoh sebegitu.

aku dah penat mendengar soalan2, "Kenapa orang Islam macam nie? Kenapa kat negeri kita tak ada jadi pun isu macam kat sini?"
aku dah penat mencari jawapan untuk kesalahan2 kamu, sebab aku tahu, aku jawab macam mana sekalipun, perspektif mereka sudah berubah. mereka tetap akan fikir, "orang Islam memang macam tu"
aku rasa nak betulkan balik tanggapan mereka pun dah tak boleh. dalam ni pun dah penuh dengan isu2 perkauman, diskriminasi dan macam2 lagi.

tengoklah keadaan sekarang macam mana.
and so,
teruskanlah niat kamu, tapi tunggu aku dapat carik negara yang betul2 aman untuk aku pindah ke sana dulu.
terima kasih kerana memulakan peperangan yang akan datang.

(the portfolio sudah ada update, sila)

4 comments:

Anonymous said...

sejak bler plak israel kat palestine tu kristian?
eik
stau ak diorg yahudi
n palestine tak semua islam
ade yang kristian

Anonymous said...

terlebih syeikh kot...ataupun naik syeikh..adehhhhhh

Anonymous said...

kena concern juga pasal mereka kat sana.

btw, bersykur la sebab kita hidup dalam suasana yg aman..

Anonymous said...

aku tau ada ceramah kat pkns shah alam malam hari kekasih tu. terlambat.

aku ingat, ceramah agama besa2 ja.
tak bleh ah diorang spesifikkan "kristian"
sbb jadi kepala tu "yahudi"

fuh. dlm dunia skang. byk2kan lah mengucap. supaya tak terpesong~

Post a Comment