Tuesday, February 24, 2009

oh, fuck! dan, i am so going to this :))

sejak kebelakangan ini,
aku rasa aku dah tak ada tempat untuk mengadu
tak ada siapa yang boleh dijadikan untuk aku meluahkan perasaan

aura mph sebagai gateaway aku juga sudah berkurangan.
aku dah tak boleh menangis di situ.

hello dunia siber, sudikah kamu membiarkan aku menangis semahunya di bahu kamu?
dan, bolehkah kiranya aku ingin nombor telefon kamu agar aku boleh kosongkan segala beban dalam diri ini?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

tinggalkan cerita itu, mari tulis cerita baru.
baru dapat ini dari email. kalau tidak ada aral melintang, aku mungkin akan pergi. sesiapa mahu jumpa, silalah datang juga ya? kita berbicara di dunia realiti pula :)


Thursday, February 19, 2009

lepas dua kali silap cetak, at last!


assignment membuat postcard dan packagingnya telah siap dicetak dan selamat dihantar. seperti yang korang dapat lihat kat gambar tu, packaging aku buat sangat simple. sebenarnya ada design lain sebelum nie, tapi sebab dah dua kali buat tapi saiz salah walaupun dah diukur sebetul2nya, malam semalam kepala aku jadi serabut. ditambah lagi dengan postcard yang aku dah print sebelum nie aku baru perasan malam tadi aku silap cetak untuk bahagian depan belakang yang terbalik, lagilah aku serabut. nasib baik pagi tadi tak ada masalah masa nak cetak, packaging pun yang pada mulanya aku ingat silap saiz lagi nasib baik dah betul. sekarang aku dah lega sebab dah hantar assignment, walaupun tbh, aku tak puas hati dengan design last minute packaging aku tu. mungkin untuk didisplay akhir semester nanti aku nak redesign balik packaging dan mungkin buat benda baru untuk postcard aku (nak tengok postcard aku, silalah ke the portfolio untuk contoh. aku terlupa nak amik gambar yang dah siap diprint).

minggu nie aku ingat aku nak carik idea untuk assignment akan datang, coffee table book. pagi tadi masa dalam bus, dah terfikir idea. nanti aku nak bincang dengan orang2 yang terpilih untuk dimuatkan dalam coffee table book tu. kalau tak ada halangan, aku buat proposal, tunggu proceed atau tak, kalau proceed aku boleh teruskan. harap2lah menjadi.

dan,
misi seterusnya..menyiapkan kerja2 yang terbengkalai, i.e: menyiapkan design untuk cover buku abang aku, edit gambar untuk presentation minggu depan, buat business card untuk kegunaan masa akan datang, etc etc.

oh ya, siapa tau macam mana nak edit butang 'Edit' kat atas tu?

Monday, February 16, 2009

they have their wars, you want yours too?

aku tak taulah kesahihan cerita nie sebab aku tak berada di tempat kejadian ataupun mungkin aku tak perasan. dengar khabarnya hari sabtu lepas, (sempena korang menyambut hari berkasih sayang korang tu) ada satu ceramah (mungkinlah, aku pun tak berapa pasti) di PKNS, antara isi kandungannya adalah, mengutuk agama Kristian. hendaklah diingatkan di sini aku bukan nak menyokong agama ini mahupun aku terpesong jauh dari agama aku, tapi untuk kita yang hidup dalam satu negara yang boleh dikira agak 'aman' ini, aku rasa isu2 macam tu tak perlulah dibangkitkan. khabarnya juga kawan aku yang berada di tempat kejadian (dan juga beragama Kristian) kata ceramah itu sempena dengan perang sekarang kat Palestin tu.

mereka sedang berperang sekarang, adakah dengan mengutuk2 agama lain akan membantu menghentikan peperangan di sana? kamu nak mulakan peperangan di sini pulak ke?

aku tak diajar untuk disrespect agama orang lain, apatah lagi untuk mengutuk secara terang2an yang akan sah2 menyebabkan huru-hara di negara sendiri. aku tidak diajar untuk menjadi bodoh sebegitu.

aku dah penat mendengar soalan2, "Kenapa orang Islam macam nie? Kenapa kat negeri kita tak ada jadi pun isu macam kat sini?"
aku dah penat mencari jawapan untuk kesalahan2 kamu, sebab aku tahu, aku jawab macam mana sekalipun, perspektif mereka sudah berubah. mereka tetap akan fikir, "orang Islam memang macam tu"
aku rasa nak betulkan balik tanggapan mereka pun dah tak boleh. dalam ni pun dah penuh dengan isu2 perkauman, diskriminasi dan macam2 lagi.

tengoklah keadaan sekarang macam mana.
and so,
teruskanlah niat kamu, tapi tunggu aku dapat carik negara yang betul2 aman untuk aku pindah ke sana dulu.
terima kasih kerana memulakan peperangan yang akan datang.

(the portfolio sudah ada update, sila)

Friday, February 13, 2009

The Portfolio

Blog baru sudah dibuat. Silalah berkunjung ke sana untuk semua gambar2, design2 dan juga poetry. Buat masa ni tak ada entry lagi. Any updates akan dipostkan kemudian :)

The Portfolio

Oh, btw, miss bobby juga punya blog baru, Shuhhhh. Sila singgah! Hasil karya beliau sangat awesome okeh (aku bukan kaki kipas, tapi serius, tulisan dia sangat best!)

Sekian,
Terima Kaseh

Saturday, February 7, 2009

which is which?

color mana yang agak2 menyeramkan (kot) sebab that's what I'm supposed to do. 001 are non-edited, 002 are edited.

001




002



ini jer yang sempat aku edit tadi. so, comments and critics are very much appreciated. anyway, gambar2 tidak diwatermark (or whatever it is you called it). sila2lah credit jika digunakan. kalau tak, sebaik saja korang save kan work ini dan mengambil nama di atas usaha saya ke hulu ke hilir macam orang gila nak shoot, maka akan berduyun2lah virus masuk dalam desktop/laptop/dan sewaktu dengannya dan ia tidak akan dapat diselamatkan, langsung muahaha *gelak jahat* (seriously)

Thursday, February 5, 2009

entri jiwa kacau

aku nak berenti belajar boleh tak? awal2 sem dah penat nak mampus. terkejar sana sini nak siapkan keje, dah macam orang gila dah aku rasa. minggu2 depan ada trip pulak ke pangkor. lagilah aku malas. khabarnya ke sana untuk relaxing minda dan apakejadah lagi idontgiveashit. kepala aku dah serabut, mungkin kalau terjun dari tingkat lima rumah aku pun aku dah tak rasa sakit bila mati sebab otak dah sarat dengan masalah2. pagi tadi tengah tunggu bus pun boleh nangis, macam sial kot aku rasa.

adoiaii, kalaulah aku ada duit banyak, aku dah beli tiket balik miri dan tak balik sini lagi. muahaha