"saya nak jadi penyanyi macam siti nurhaliza"
"saya nak jadi pelakon macam __________" (isi sendiri)
apa nak jadilah dengan budak-budak zaman sekarang. kalau dulu, "saya nak jadi doktor", "saya nak jadi arkitek" dan semualah pekerjaan yang bagus-bagus. tapi sekarang, semua berkejar-kejar nak jadi selebriti, nak jadi orang yang terkenal, nak jadi orang yang masuk tv and etc yang berkaitan. even parents nowadays berlumba-lumba nak masukkan anak-anak dorang dalam tv. tengok jerlah iklan tom tom bak tu. budak kecik yang umur berapa tahun ntah sudah dipakaikan make-up oleh mak bapak dia sebab anak masuk tv. dah macam apa aku tengok. nak kata macam bapok nanti orang cakap aku nie mulut tak ada insurans. program realiti sekarang pun dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. semua nak jadi penyanyi. semua nak jadi so-called selebriti. kalau ada actual talent takpe jugak. ni tak ada talent langsung. sedih aku tengok. our local music scene sekarang pun dah berlambak artis yang tak ada kualiti, tapi masih jugak nak buat program yang menyumbangkan lagi kepada artis yang tak berkualiti ni. macam si *cough*mawi*cough* tu. aku tak tau apa yang hebatnya tentang dia sampai semua orang dok puja-puja macam apa. nak kata suara power, tak jugak. nak kata bakat berlakon ada, aku tak tau sebab 'aduhai saliha' dia tu tak jugak keluar sampai sekarang. apa hebatnya dia?? adoi, macam terkeluar tajuk jer aku nie. kalau masuk exam mesti dah fail. haha anyway, berbalik pada budak-budak zaman sekarang. mak bapak dah tak ada benda lain ke nak fikirkan untuk anak-anak dorang? kenapa beria-ria sangat nak suruh anak jadi selebriti? apa dah jadi dengan cita-cita dulu yang mak bapak harapkan untuk anak mereka? aku tak taulah apa yang akan jadi dengan budak-budak sekarang. is this what we want for the future? go think for your children's sake.
HQ Reddit [ENGLISH] Kaos 2018 Online HD
3 years ago
1 comments:
ak x ske tgk tom-tom bak n anak-anakku
kdg2 bdk tuh cm kurang aja
jerit kt org tua
ituh yg parents banggekan?
mungkin die ckp petah n sincere
tp ntah la
Post a Comment