Sunday, June 14, 2009

tamat sudah

warning: entri tidak bermaksud untuk menyindir sesiapa kalau terasa itu tanggung sendiri, tapi, as usual, butang [x] ada di sebelah atas kanan window anda

result dah keluar beberapa hari lepas. syukur Alhamdulillah, aku tamat belajar akhirnya. result yang aku dapat kali nie bukanlah sesuatu yang aku jangkakan memandangkan aku banyak sangat terlibat dengan masalah-masalah yang dibuat oleh aku sendiri. tapi, itulah, aku harus berterima kaseh kepada mereka-mereka kerana apa yang aku dapat datang dari mereka juga. jadi, terima kaseh, jasa-jasa kalian akan aku kenang dan apa yang terjadi biarlah tinggal dalam chapter itu. kita buat chapter baru.

macam-macam hal yang telah terjadi sepanjang tiga tahun aku belajar di sana. and thank God, aku tidak menjadi mangsa culture shock sesampai di sana. haha
oh well, itu cerita lain.

aku rasa semester terakhir itulah pembuka kepada segala-galanya. masing-masing berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa paling hebat (kalau dalam matapelajaran tak apalah jugak), siapa paling berpengaruh, siapa paling tergolong dalam kumpulan itu ini, dan macam-macam lagilah. orang kata; masing-masing mau tunjuk belang. dan sekali lagi aku bersyukur kepada Tuhan kerana aku punya rakan-rakan yang benar-benar boleh dianggap sebagai 'kawan semasa susah dan senang'. bukan mudah kan bertemu dengan orang sedemikian? yang ada hanya masa senang, masa susah larinya laju sepantas kilat. itu tidak apalah lagi. bagaimana kiranya orang yang sanggup berpura-pura menjadi kononnya 'a shoulder to cry on' tetapi bila sudah peroleh segala cerita secara terperinci sanggup menjaja rahsia orang itu kepada semua. kalau orang itu dianonymouskan tidak apa, ini pusing sana pusing sini pun balik-balik kitaran itu juga, manakan orang tidak tahu. seronok menjadi observer. biarlah orang itu sebar cerita kita sekalipun, tapi bila penghujungnya orang itu kalah juga. bila melihat mereka-mereka yang berbuat sedemikian rupa jatuh tersungkur pada akhir cerita, aku hanya mampu tersenyum. itulah, orang kata, 'karma'.
menangislah semahunya pun melutut memohon ampun dan maaf, jauh di sudut hati orang yang dah dikasari siapa tahu. hanya boleh pasang senyum palsu dan angguk kepala tanda kita 0-0. moga-moga di masa hadapan tidak bertemu lagi dengan orang yang berperangai seperti itu. tidak layak digelar kawan sama sekali. (err..paham apa yang aku cuba sampaikan setakat ini?)
oh well.
apa-apapun, yang lepas tinggalkanlah saja di dalam catatan lama. kita tulis cerita baru. heh. sudah tidak tahu apa mau dibicarakan lagi sebenarnya. haha

p/s: ada sesiapa tahu TS tu apa? bapak aku tanya, aku jawab, "tamat sudah". haha tu pun bapak aku percaya jugak.

(klik untuk tumbesaran hehe)

8 comments:

farida tarmize said...

huiyooo
tamat ngan ad
bangge la

cis
aku yg terkapai2

SNAPSHOT`Photography said...

GUD JOB pal~ nnt aku nk g sane ko jgn lupe jd tourist guard aku tau~ hehe~ congrate~

SNAPSHOT`Photography said...

~TS~ Tamat Sudah~ haha~ boleh la diterima kot ko ckp kt bapak ko tu.. tp actually kt blakang slip result tu ~TC~ stand for Completed Course With Dean's List Award. hehe~ best gk..Tamat Sudah~

Meooo Comicore Club said...

tamat sudah... bah?

taniah... perjuangan belum selesai... best of luck!

in motion said...

cik: first time tu bwahahahaha
snapshot: oh, lebih kurangla tu tamat sudah..hahaha blh jer arab..dialu2kn..
meo: trimas! :)

farida tarmize said...

tp paper ko pon 3 je
tp congrats la
sbb ak dpt merasa kan kepecahan kepala ko buat is
hehe

in motion said...

haha 4paper la cik
tu la..menangis2 aku time tu
apa taknya present pg, framing work aku xsiap2..haih
memori btul haha

farida tarmize said...

xpe2...da abes da
bleyh berfoya2 dgn kamera

ak nk bli tak lepas lg
sem depan de food styling
kne pakai kamera gak

Post a Comment