Wednesday, June 10, 2009

'menyelongkar' hasil tulisan-tulisan lama

'dear diary, as I flip to your old memories, the long lost love has returned.'

ya, mungkin, sedikit sebanyak. bila baca balik, senyum sendiri. kebanyakan yang ditulis hal-hal yang sedih-sedih belaka. terbaca kembali entri pergilah bersama belon kamu. walaupun hal yang berlaku sudah 'dibaikpulih' tapi hati aku tetap tak boleh nak maafkan atau lupakan pihak yang menyebabkan kerosakan itu. terus terang aku katakan, jauh di sudut hati aku tetap mengatakan aku kena bersaing dengan dia. haih, entahlah. complicated. biarlah.

anywho, sudah di rumah, idea untuk menulis apatah lagi mengupdate blog sudah lari entah ke mana. pembelajaran vector pun masih terbengkalai. apataknya, sampai saja layer yang ke lima/enam, sudah malas. duduk rumah memang kemalasan tahap tertinggi. adoi, doakan aku berjaya menghabiskan pembelajaran vector aku. itu baru vector, belum lagi cerita hal sesi ingin belajar fashion photography. faktor model, transportation adalah hal yang utama. adoi lagi sekali. doakan juga aku berjaya menghabiskan sesi pembelajaran tersebut.

ada lagi.
hahaha ya udah, memang banyak benda aku nak belajar sebenarnya. yang ini aku teringin lagi dari aku semester 4. IR photography. tapi bila digooglekan, sangat complicated. mungkin boleh diatasi, tapi aku perlu carikan filter Hoya R72. ada sesiapa tau? atau ada sesiapa yang arif hal IR photography? sila beri tunjuk ajar.

wop wop. ada lagi. *silalah gelak. banyak betul benda terbengkalai
aku ingin teruskan sesi abandoned buildings. sini memang banyak, tapi kebanyakannya menurut khabar angin, memang ber...ehem jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. hehe adoiai - lagi sekali. tapi, ya, boleh diselesaikan. huuuu

hmm..apa lagi? ah, entahlah. hah, tengoklah sebahagian gambar aku masa degree show itu hari.

ada 12 sebenarnya. tapi selebih, malas untuk diwatermark. oh ya, mungkin ini cerita sudah basi, bagi anda-anda di luar sana, sekarang ini penyangak fotografi memang ada di mana-mana tanpa sengan silu mencuri hasil karya orang lain. itu satu, tapi bila sudah gambar-gambar yang diwatermark pun boleh dicrop dan watermark konon-konon hasil sendiri itu patut dibelasah sampai mati. bukan senang nak dapat gambar yang superb, memang tidak dapat dinafikan - tapi belajarlah. aku yang dah habis degree dalam fotografi nie pun masih lagi meneruskan pembelajaran aku. jangan jadi sampah curi hasil orang lain. aku sekolahkan kang baru tau. haih. macam-macam. oklah. ada masa kita sembang lagi. cerita pasal penyangak fotografi pun syok jugak ya? hehe
tata

5 comments:

farida tarmize said...

ko pnh pegi abandoned bungalow kat sek 12?
scaryyyyyy weyh

siang pon rse cam nk lari je

in motion said...

penah..masa aku dtg siap sapa aku dgn bnyi mengilai beb!
gile tak gile la tmpt tu..xbg aku masuk pun gunala cara gentle sikit..
hohoho

Meooo Comicore Club said...

huhuhuhu, artwork yg cantiks... macam penah tgk

farida tarmize said...
This comment has been removed by the author.
farida tarmize said...

aku bli kat http://pastel-stripes.blogspot.com
tapi itu pon besar la
aku kene oter sket

kalo ko pakai....
abes la
lemas la ko..heheh

tp ari tu ak gi sg.wang ade yg chantek
kalo ak gi lagi ko nk?

Post a Comment