Hello sahabat2 blogger sekalian,
how's new year treating you? ada baik? hopefully semuanya baik2 belakalah hendaknya ya..aku sampai di shah alam minggu lepas hari jumaat, pukul 12:05pm, few mins earlier dari yang dijadualkan.
aku masih terasa seperti tidak ingin berbuat apa2 sekarang, tapi aku tau aku mesti mula membuat thesis dengan first thing first, mencari tajuklah dulu. tak ada tajuk macam mana nak buat ye tak? otak aku sekarang sebenarnya fikirkan 'fashion in fine art, fashion in fine art' saja. entahlah kenapa. nak kata work
akif hakan itu fine art, tidak juga. hmm..setelah membuat research lagi, aku tertarik dengan work
masao yamamoto. haikunya direalisasikan dalam bentuk visual. menarik bukan? mungkinkah ini akan direalisasikan pada akhir semester nanti? mungkin..tapi kena minta pandangan encik azril dulu. lagipun aku kena cari permasalahan dalam tajuk aku nanti. aduh..tolong, sesiapa? :(
on the other hand,
semalam pergi menonton histeria bersama kekasih. sedikit review: aku rasa histeria mungkin bisa membuatkan pengarah2 filem seram memikirkan cara untuk meng'up'kan lagi hasil karya mereka. one word on histeria, "awesome!", awesome pada cara penghasilan filemnyalah kerana tidak ada hantu2 seperti yang kita selalu lihat dalam filem seram kita. kalau anda seorang hemophobia, filem ini untuk anda, silalah tonton. haha tersenyum puas melihat effect2 yang digunakan dalam histeria. jalan cerita yang tidak berbelit2 - mudah difahami, tapi mungkin ada sedikit bosan dalam cerita tersebut kerana aku hampir tertidur, kekasih usah cakaplah, sudah tidur pun. would i say it worth your RM10/RM11? hmm..mungkin ya bagi kamu yang mengharapkan penghapusan stereotaip dalam filem seram tanah air dan juga mungkin tidak bagi kamu yang mengharapkan jalan cerita yang lebih memuaskan. apa2pun, jangan risau, endingnya bukan dengan 'itu cuma mimpi'. *laugh out loud*
perihal shoutbox aku,
sorry kepada mereka yang aku tidak reply lagi 'ucapan2' bloghopping anda. baru tadi aku ingin untuk membalas semuanya tetapi dimatikan dengan website mila (rujuk shoutbox aku) - kiranya ada di shoutbox anda, sila jangan reply di shoutbox beliau kerana apabila aku reply di sana, nah! berpuluh2 windows popup dan tidak dapat diclosekan walaupun ditekan butang '
x' berkali2. semakin ditekan butang '
x' semakin banyak windows keluar. terasa seperti ingin lempang saja monitor pc tadi. jadi, to the rest of the 'bloghoppers': "
hi there, trimas kerana singgah :)"
oklah, it's about 9:00pm already.
esok aku ada kelas 8:45am sampai 1:00pm. pheww!
till then, chow
p/s: hun, i miss you already :(
p/s/s: sila abaikan keskemaan entry kali ini :)