(entry ini tidak ada kaitan dengan hidup aku. sama seperti lagu 'Girlfriend' yang ditulis Avril Lavigne yang katanya hanya ditulis atas dasar 'suka-suka', heh. apa yang aku mengarut nie. haha)
Tuhan,
Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan
Aku masih tidak dapat menerima kenyataan lepas
Namun, di sudut hatiku, aku tahu ini yang terbaik untuk dia
Aku tidak sanggup melihat dia terluka
Aku tidak terdaya mendengar rintihannya
Aku rasa sungguh berdosa jika aku turutkan jua rasa hati ini
..tetapi Tuhan,
Aku berterima kasih kerana Kau temukan aku padanya,
walaupun sekejap saja
Aku bahagia
Aku gembira
Aku adalah aku bila bersama dia
..untuk itu Tuhan,
Kau jagalah dia
Buangkanlah segala duka yang tersimpan selama ini dalam dirinya
Berikanlah ria yang sepatutnya mengenal dia
Sampaikan padanya juga;
bahawa aku sayang dia
HQ Reddit [ENGLISH] Kaos 2018 Online HD
3 years ago
2 comments:
surat utk tuhan suruh kasi kat bekas pakwe ke?
ngiahahaha
xla..sob sob
hehe
Post a Comment