Monday, October 27, 2008

luahan emosi (geli dengar tajuk sendiri. haha)


aku sekarang kat Mcd. surf tenet kat sini. konon-konon online free sampai lebam, tapi bayar gak. tadi lunch ezy belanja (terima kaseh, len kali belanjalah lagi haha), save sket duit aku. haha tadi aku teringin pulak nak makan ice cream, belila oreo mudpie RM5.50 sekali dengan chicken mcnuggets RM 5.75. dua tu dah RM11.80. duit duit. adoi aii. takpelah, sekali package dengan makan, alrightlah tu. bukan selalu (kalau ezy baca mesti dia kata, "ye ye jer bukan selalu"). yang tak bestnya, port tempat duduk aku tak best. kena cahaya matahari pulak. adoi, tanning free. takpelah, sekali sekala. haha bosan, aku dah tak tau nak surf apa. malam tadi tengah mandi, aku 'ter'dapat satu lagi idea untuk menulis. tapi tak panjang. dah type dalam notepad, tapi bunyi macam tak sedap. nantilah aku usahakan lagi. terima kaseh kepada si pari-pari untuk idea-idea tersebut. hehe

lately jugak, aku banyak berfikir. tentang macam-macam. in conclusion, aku sebenarnya adalah seorang yang penakut. takut kepada kebenaran. walaupun aku seringkali menghebohkan kepada orang lain, aku lebih sukakan kebenaran daripada tipu muslihat tapi sebenarnya, aku hidup dalam penipuan. aku menipu macam-macam untuk tenangkan hati sendiri. sampaikan aku tak tau nak tunjuk emosi macam mana apabila berhadapan dengan masalah-masalah aku. hanya si pari-pari saja yang mengerti. aku pun hairan macam mana si pari-pari boleh dapat tau. walau aku gelak banyak mana, tipu setinggi langit pun, si pari-pari tetap tau sebenarnya hati aku berkecamuk. si pari-pari selalu berada di sisi supaya aku sentiasa berdiri. haih, si pari-pari..

dah itu saja untuk sesi luahan emosi hari ini. hehe

siapakah gerangan si pari-pari?
anugerah dari Tuhan untuk aku
(tapi aku tak mampu menjadi peneman kepada si pari-pari di kala kesusahan dan di kala si pari-pari hilang kuasanya. jahatnya aku.)
:(

5 comments:

Anonymous said...

uih mandi dapat idea?
ak slaloo kalo kareb la

hahahha

Anonymous said...

hahah
standardla tu

Anonymous said...

lols

Anonymous said...

lu mesti dapat idea dari 'minda tidak sedar' lu...

hurmm...kalu lu nk tau, pari2 sgt tidak suka pada cerita para2 sakura..kerana die tercabar..haha

sorry pari2..gua kaco blog geng lu..

Anonymous said...

noheartfilin: haha yekew? baru gua tau pari-pari tak suka para-para sakura
(gua tak tau citer para-para sakura tu cmmana..tak tengok lagi..kuikuikui)

Post a Comment