Monday, September 22, 2008

Saturday Nightmare, New Emoticons, Home! :))

Hari Khamis nie aku balik Miri! Hooray!
:minimo_02:

Seperti biasa, hujung minggu aku akan habiskan dengan merancang plan-plan yang dapat digunakan untuk menghilangkan kebosanan, since, untuk pergi shooting adalah malas yang teramat sangat walaupun assignments untuk dishoot berlambak. Tengah-tengah dok pk apa plan nak buat keesokkan harinya (Sabtu), Jun tiba-tiba call aku tanya sama ada aku busy tak esok. Aku pun cakaplah tak, memang plan yang aku rancang tak timbul lagi. Wah, pucuk dicita ulam mendatang nie! Mesti minah nie ada plan, hati aku berkata. Sangkaan aku benar belaka, bila Jun ajak aku ngan Nad pegi tengok wayang. Yahoo! Seronok yang teramat sangat. At least percentage kebosanan di hujung minggu dapat dikurangkan. Pakwe aku, si Ez pun katanya tak boleh keluar sebab kad outing kena tahan. Bwahaha. Teringat zaman sekolah dulu. Kad outing aku selalu jer kena tahan. Mana taknya, setiap minggu aku balik rumah, walaupun bukan turn pelajar perempuan. Denda tu tak payahlah nak sebut. Paling busuk pun, kena rotan dengan warden. Itu perkara biasalah kan? Hehe Anyway, macam lari tajuk pulak. Sambung balik citer. Aku pun on jerlah, dah esoknya pun aku tak ada benda nak buat. Aku pun cakap ngan Ez. Lapor diri seperti biasa. Hoho esoknya, sebelum pukul 11am aku dah ready, memandangkan malamnya tu Jun dah bagitau pukul 11am kena ada dekat Seksyen 2. Aku pun turunlah ke bus stop depan rumah aku, sebab nak dapat bus susah sana, kena gerak awal. Tapi, bus pulak awal haritu. Dalam bus, dapat sms Jun cakap dia terlajak tido, baru bangun, gerak pukul 11:30am pulak dah. Wah! Aku dah nak sampai pun kat Seksyen 2. Tanya Nad kat mana, rupanya Nad pun dah sampai. Haha takpelah, aku pun lepaklah cc sementara tunggu si Jun. Nak surf apa pun aku tak tau. Tapi bukak ajerlah pape yang boleh dibukak. Sambil-sambil tu, sms dengan Ez Sms punya sms, tiba-tiba dia cakap:

"jom jumpa kat midvalley"

aku pun pelik. Aik, kata semalam tak boleh keluar. Kad outing kena tahanlah, ada kem englishlah. Nak angin dah nie, tapi aku control sket. Aku tanya balik:

"eik, u pegi midvalley ke?"

aku tekan send, tapi tak puas hati, aku call dia.

"u kat mana?"
"me kat dalam kete, nak pegi stesen komuter rawang"

Masa tu aku rasa cam nak sepak terajang orang. Rasa cam nak bunuh orang pun ada gak. Yelah, malamnya cakap lain, tiba-tiba dah on the way pegi komuter. Mana tak angin aku. Nak sambung balik conversation pun dah tak boleh. Rasa tipah tertipu yang teramat sangat. Aku pun tak cakap banyak, aku ok-kan ajerlah apa yang dia bagitau. Pas habis call, aku tarik nafas panjang-panjang. Control, control. Nanti tak pasal-pasal pc kat cc tu terbang. Haha memang aku angin gila time tu. Angin yang teramat sangat. Jumpa Jun ngan Nad kat bus stop Seksyen 2, aku dah bising-bising. Dengan dorang jerlah aku boleh mencarut-carut. Dengan Ez tak boleh, nanti tak ayulah aku. Wakaka dorang dah gelak-gelak kat aku. Ciit! Dalam bus masa on the way nak pegi KL Sentral, aku sms Ez cakap kalau nak jumpa, jumpa kat Sg Wang, kalau tak nak takpelah. Cakap jer takpelah, tapi sebenarnya hati aku meronta-ronta nak jumpa. Hahaha yelah, nanti boleh jumpa lepas cuti raya jer. Aku pun sebenarnya rindu tahap gaban kat dia. Sampai jer Sg Wang, kitorang teman Jun beli flash SB800 *drool*. Aku bilalah lagi boleh beli ek? Aduuhh..ke-jealous-an. Lepas beli kitorang pusing-pusing Sg Wang sementara tunggu Ez sampai. Dah pusing-pusing, dapat sms kata dia dah sampai. Aku pun suruh dia jumpa aku kat depan Watson, Ground Floor. Punyalah lama aku tunggu, tak sampai-sampai jugak. Angin pagi tadi tak habes lagi, tambah lagi. Aku call tanya kat mana, dia kata dia kat Ground Floor gak. Aku bengang, kata kat Ground Floor, takkan tak nampak kot Watson yang sebesar alam tu. Aku dah bising-bising dalam phone. Dia suruh aku diam, dia nak carik. Aku bengang lagi. Aku bising lagi kat Nad ngan Jun. Siap cakap, nak bunuh oranglah, nak sepaklah, nak tamparlah. Dorang gelak jer, pastu cakap, "pasnie kalau ko tak bunuh Ez, kitorang pulak bunuh ko". Haha siot jer. Lepas tu, Taaadaa! Ez dan rakan-rakannya pun sampai. Aku tengok muka dia, marah tadi semua dah hilang. Rindu weyy! Tapi aku control, buat-buat muka menyampah kat dia, padahal dalam hati nak sangat peluk cium geget dia. Hahahaha lepas tu, kitorang pun gerak kat Times Square, nak tengok movie. Aku, Jun ngan Nad nak tengok movie Takeshi Kenishiro tu, Accuracy of Death. Sampai Times Square, check list movies, tooiiinkk, movie tu tak ada. Ciisss! Silap tak check dalam Internet tadi. Kawan Ez kata jom tengok You Don't Mess With Zohan. Aku ngan Nad dah tengok, siap ada DVD kat umah. Sape nak pinjam cakap jer. Hehe Pastu, kawan dia suggestkan tengok The Love Guru. Aku, Jun, Nad, semestinya dah tengok. DVDlah! Movie tu tak keluar lagi aku dah tengok. Cakap jer DVD apa korang nak, aku ada. Hahaha kalau korang nak tau, aku nie adalah penggemar DVD cetak rompak. Cakap jer citer apa, berlambak kot dalam bilik aku. Forgetting Sarah Marshall, The Love Guru, You Don't Mess With Zohan, macam-macam ada. Semestinya yang berkualiti, ok. Tak mainlah DVD yang amik dari wayang punya :D Dah tu, kitorang pun tak jadi tengok movie. Kawan dia suggest lagi, tengok movie kat IMAX kat tingkat 10. Kitorang pun on jerlah, daripada jenjalan tanpa tujuan kan? Sampai atas, usyalah movie apa ada. Ada tiga jer kot. Memandangkan movie Shark 3D yang paling dekat, pukul 4:00pm, kitorang pun tengoklah. RM15 satu tiket. Membeli tiket tu adalah satu kesilapan besar bagi kitorang berenam pada hari tu. Memang nak mogok mintak balik duit. Ingatkan movie Shark yang di-3Dkan, rupanya, documentary. !@#$%^&* betol! RM15 tengok documentary 3D yang tak sampai sejam pun. RM15!! What the heck kan??? Lepas tengok documentary bengong tu, kitorang pun singgah arcade. Dah habis main, it's time for departure. Wahh! Hehe Masa Ez cakap dia ngan kengkawan dia balik naik kete, aku dah sedey dah. Ingatkan boleh bukak puasa sama-sama kat KL Sentral. Yelah, masa bersama pun tak cukup. Sob sob :'( Masa nak balik tu, kawan dia sempat gelakkan aku, cakap aku nak nanges. Siot jer, tapi memang betol pun. Aku memang nak nanges time tu. Huhuw balik tu kitorang pun bukak puasa kat Mcd. Itulah sedikit sebanyak apa yang terjadi pada hari Sabtu aku. Gambar-gambar kitorang memakai spek 3D besar tengok documentary bodoh tu akan dipostkan pada entry akan datang. Hehe

thankyous:
chokilala - for the emoticons && websites yang best
blogmenjerit - for the tutorials

:puteh_23:

3 comments:

farida tarmize said...

slamat hari raya
best la ko da nk blk
nk pnjam sarah marshall.
best x?
ke kene kaber mate sket?
heheh

in motion said...

kene kaber mata banyak kot
muahahaha
blh jer..dtg umah aku amik
wakaka

sickchild said...

haha cik cukis mmg gila emoticon.

Post a Comment