Monday, July 21, 2008

Sehari di KL Tower, Mogok di Crowne Plaza dan LAMAN2008

18 Julai 2008

aku dan juney telah bertolak dari seksyen 2, shah alam pada pukul 9:00am sebab tak nak terlepas event pukul 11:30am iaitu pertunjukkan gamelan (sebenarnya ada persembahan dari strollers tapi memandangkan persembahan mereka akan diadakan juga pada 3:30pm jadi kami skip). sampai di kl sentral pukul 10:00am jadi kitorang pun pergi makan di mcd terlebih dahulu. aku order 2 hotcakes with sausage, sedap jugak breakfast mcd nie. selesai makan, naik monorail sampai bukit nanas. lepas tu jalan kaki sampai main gate kl tower. sampai-sampai jer, aku dan juney tercari-cari free shuttle service. macam tak ada. jadi kitorang pun mengambil keputusan untuk naik jer jalan kaki. tapi baru naik stairs 1, kitorang dah tercungap-cungap. tak larat nak teruskan. kitorang pun turun balik, sampai jer bawah, security guard tu pun senyum-senyum, "tak larat naik ek dik?". maunya tak larat, naik jer stairs 1, jalan nak naik dia jauh gila. wooh, give up! dahla terlupa nak beli mineral water. tak sanggup aku. sampai jer atas (dengan pertolongan shuttle service), kitorang naik. masa tu, strollers dah mula. masa aku tengok booklet kl festival tu aku ingatkan strollers tu persembahan orang main roller skate ke apa (jangan tanya kenapa aku boleh terfikir macam tu, aku sendiri pun tak tau). rupa-rupanya, strollers tu sekumpulan pemuzik jazz. layan jugak. lagu-lagu yang dimainkan pun best. habis jer persembahan strollers, kitorang tunggu gamelan. tunggu punya tunggu, cultural presentation yang start dulu (cultural presentation nie sepatutnya pukul 4:00pm). snap-snap gambar baru aku perasan gambar banyak backlight. damn. dahla speedlight tak ada. aku gunala flash biasa tu. tapi gambar tak lawa. damn lagi. aku tryla method en azril, barula ada cantik sikit. tak adala nampak sangat guna flash tu. selesai jer persembahan tu, tunggu pulak gamelan. tapi sampai tengah hari tak ada. kitorang pun lepak-lepak bawah tu. dan kebetulan ada budak-budak mat salleh main flying fox. pergh, macam best aku tengok. rasa macam nak main jugak, tapi percentage keberanian tak banyak. hoho dah bosan-bosan lepak bawah (acara pun tak start lagi), kitorang mengambil keputusan untuk naik tower. rm10, student price tak ada. bapak mahal! dahla tak bagi pun kitorang binocular yang comel tu. naik atas, wah, gilalah. boleh nampak bangunan-bangunan 'rumah kedua' kitorang. hahaha sempat jugakla sesi mengambil gambar sendiri di atas tu. lepak kat atas sampai 3:15pm, kitorang pun turun. bukak jer pintu lif tu, terdengar bunyi muzik-muzik gamelan di ruang depan. bapak dia! kata 11:30am, asal main petang? acara di tower itu memang sangat tidak teratur ok. nasib baik jugak sempat amik gambar dorang. sangat mengasyikkan muzik gamelan tu. sedap didengar. selesai jer persembahan gamelan, aku sempat jugakla borak dengan pakcik gamelan tu. borak punya borak, pukul 4:00pm ada balik cultural presentation tu. masa dorang buat persembahan aku dan juney terpinga-pinga sekejap. "eh, asal sama jer persembahan dorang dengan yang pagi tadi nie?" kekecewaan mula bersarang di hati masing-masing. dalam booklet tu kata ada malay, chinese, indian as well as sabah and sarawak dances. tapi yang ada cuma malay, chinese and indian. kecewa lagi untuk kali yang ke-berapa ntah. damn. selesai jer semua persembahan kitorang pun terus balik. nak menunggu shuttle service tu punyala lama. kecewa lagi. sampai jer kat stesen bukit nanas, aku dan juney amik tiket ke imbi, nak pegi lowyat. masa dalam monorail tu sembang punya sembang mata aku ternampak kat bawah orang ramai bawak manilla card bertulis 'crowne plaza...' (masa tu tak nampak sangat). aku dengan sangat terujanya pun menjerit-jerit kat juney, "jun, jun! tengok bawah tu!" juney apa lagi, terus suruh turun kat raja chulan. rupa-rupanya pekerja crowne plaza mogok. aku dan juney berlari-lari turun ke bawah. tak nak terlepas peluang shoot mogok tu. masa berlari-lari tu, dalam otak aku dah terfikir angle mana yang aku patut amik dalam pada masa yang sama aku teringat pesan en lan (dia kata, boleh shoot mogok, rusuhan etc yang berkaitan, tapi kalau kena tangkap dia takkan bertanggungjawab. haha siot jer). aku yang tak pernah amik gambar macam nie, memangla cuak sikit. juney selamba badak jer. yelah, dia praktikal kat nstp sem lepas, dia ada pengalaman dan dia taula a-thing-or-two. lepas dapat shoot beberapa shots, kitorang pun blah. sampai lowyat, beli mmc reader pastu singgah sebelah (sg wang) carik cc sebab nak hantar assignment yang due datenya 11:59pm malam tu. selesai hantar assignment, kitorang pun pegi makan malam (kat mcd lagi). lepas makan, kitorang terus balik.

19 Julai 2008
hari nie kitorang bertolak pukul 10:30am (penat semalam pun tak abis lagi). event laman2008 sebenarnya start 9:30am. sampai kl sentral, kitorang makan tengah hari terlebih dahulu (masa sampai pun dah tengah hari). makan kat mcd lagi (tengah 'kaya' kan sekarang. nanti ptptn dah tinggal sisa-sisa baru nak carik maggie dan roti haha). lepas makan, kitorang jalan kaki ke taman tasek perdana. sampai jer kat laluan ke tasek perdana tu, gate situ pulak tutup, siap dikunci lagi. bengang, dahla panas terik pastu tak ada pun letak signboard laman2008 tu. jenuh jugak carik jalan pegi sana. last-last, kitorang tanya orang dekat muzium tu. dorang kata kena lalu depan. maknanya naik jalan planetarium. sampai atas planetariaum, masih tak ada signboard. hati mula panas nie. pusing-pusing, aku terpandang ada satu signboard 'laman2008 (anak panah)'. kitorang pun ikutla bulat-bulat signboard tu. masih tak jumpa apa-apa yang menunjukkan ada event kat tasek perdana tu, padahal dah masuk dalam. percentage hati panas naik lagi, tapi belum sampai tahap panas matahari masa tu. jalan lagi pusing-pusing carik signboard. tak ada jugak. kitorang pun amik keputusan untuk ikut mat salleh depan kitorang. jalan punya jalan, nampak khemah-khemah kat hujung tasek tu. siot jer, bukan nak buat signboard. bodoh betul la. sampai jer sana, ramai gila orang. banyak jugakla landskap-landskap yang menarik. jalan-jalan, sampai satu khemah besar banyak kerusi dan ada stage. kitorang pun lepak situ kejap, duduk-duduk (yelah, penat jalan jauh tak abis lagi). kat atas stage tu, adalah sorang budak perempuan tengah menari-nari atas pentas tu. gila lawak. dah habis sikit penat, kitorang pun start jalan balik pusing-pusing tempat tu. tak ada apa sangatlah, yelah, nama pun kan landskap-apa-benda-ntah, banyaklah pameran landskap situ. jalan-jalan, shoot-shoot, sampai balik khemah besar. kitorang tengok budak kecik yang menari-nari tadi masih lagi menari-nari atas tu. wahh, gila tak penat ke? lepas lama duduk kat khemah tu, kitorang pun try usya balik tempat yang kitorang tak pergi lagi. dah bosan-bosan, kitorang pun masukla taman rusa dan kancil. lepak sana beberapa minit, kitorang pun blah. masuk balik laman tu. tunggu free shuttle service (shuttle ke cart aku pun tak tau nak panggil apa). lama jugakla tunggu. hati yang dah sejuk tu panas sikit balik. bak kata juney, 'macam hawau betol' (aku tak tau apa benda tu). tunggu punya tunggu, dapat jugak naik benda alah tu. sampai jer main gate, kitorang dah tak tau macam mana jalan balik ke muzium. tanya pakcik polis tu, dia kata kalau nak ikut jalan muzium kena patah balik dalam. kalau ikut muzium polis memang jauh nak jalan kaki. kitorang pun nak masuk balik tapi kena tahan kat gate tu.

"mana tiket dik?"
*aku dan juney dah pandang sesama sendiri
"tiket? kitorang masuk ikut planetarium tadi"
"yelah, tadi dah masuk ada tiket kan?"
"kitorang tak ada tiket"
"ha, kalau tak ada, pergi beli tiket kat kaunter tiket baru boleh masuk"

wahhhh, rupa-rupanya masuk event tu kena bayar. kitorang pulak bantai masuk sesuka hati. lantakla, bukan salah kitorang pun. dahla signboard letak tak betul. tiket booth pun tak ada pulak letak kat sebelah tempat kitorang naik tadi. nasib baik dapat naik tramp balik ke planetarium (tanpa perlu beli tiket masuk haha). masa naik tramp tu, barulah kitorang nampak ada beberapa tiket booth kat sana (tapi TAK ADA pun dekat signboard yang kitorang lalu sebelum tu). lepas turun jer, kitorang dah tergelak-gelak sesama sendiri. apa taknya, seronokla dapat masuk free. haha
___________________________________________________________________
* gambar-gambar akan dipost dalam entry akan datang

2 comments:

deennasour said...

mwahaha...sengal gak, jalan2,
pg masuk event tak ada tiket..hehehe

eatmyshort said...

tu la pasal..
save duit maa..hoho

Post a Comment