Sunday, June 1, 2008

What's my right again?

Ok, aku ada 1 situasi yang nak tanya pendapat korang semua. Al-kesahnya macam ni. Kawan aku call aku satu hari tu untuk mintak tolong aku shoot gambar so-called model ni untuk projek dia. Aku pun on jerlah memandangkan aku tak ada kerja nak buat time tu kan. Lagipun, boleh jugaklah aku buat portfolio gambar tu nanti. Kerja aku pun mula dari tengah hari (dengan tak makan lagi sebab kawan aku call last minute suruh shoot) sampai ke petang pukul 7. Shoot punya shoot memang seronok. Memang tak timbul masalah langsung kecuali dengan lokasi shooting dengan konsep yang dorang nak untuk baju dan gambar tu. Aku tak kesah sangat sebab tugas aku hanyalah untuk shoot dan aku bagi jugaklah idea sikit-sikit. Aku tak kesah pun kerja free sebab aku tak naklah demand bayaran sebab aku tau aku memang kureng sikit kalau bab fashion photography ni. Aku tak minat sangat. So, lepas habis photoshoot semua aku dengan siap bawak laptop lagi masa tu (korang bayangkanlah aku bawak beg camera dan beg laptop, gila berat beb!) untuk memudahkan kerja transfer gambar. Senanglah dorang (dan aku sendiri) tak payah nak arrange time lagi nak jumpa aku nak mintak gambar kan? Selesai semua tu, kerja dorang pun dah siap, dorang pun puas hati dengan gambar aku dan dah selamat hantar pun dengan lecterur. Aku pun kebiasaannya kalau dah lepas dapat gambar, aku akan edit dan upload kat website aku. Selalunya aku upload kat Myspace dan deviantART supaya manalah tau ada orang berkenan bolehlah panggil aku buat photoshoot kan. Bolehlah aku buat duit sikit. Aku ingat semua dah settle. Tiba-tiba lepas beberapa hari aku upload gambar so-called model nie dalam myspace aku, aku receive sms dari model ni tadi. Model ni tanya aku, aku ada guna gambar masa photoshoot tu tak and dia cakap lagi kat aku yang aku tak boleh guna satu gambar pun yang aku shoot haritu. Alasannya, aku tak tahu, dia tak bagitau. Dia cakap biarlah kawan aku tu jer tadi yang guna gambar tu. Aku pun cakaplah kat dia, aku memang akan guna pun gambar tu untuk portfolio aku. Memang dah jadi kerja kita amature photographer kan? Apa-apa yang kita shoot kita rasa best, kita buat jadi portfolio. Macam tu jugak aku. Dia bagitau kat aku tak boleh jugak. Aku pun ikut suka kaulah, tapi aku tetap jugak guna gambar tu. Dia suruh aku delete. Aku pun mulanya, ikutlah cakap dia. Aku deletelah gambar "model" tu tadi. Tapi lama-lama aku bengang jugaklah. Pasal apa, aku dahlah shoot dari tengah hari sampai ke petang pukul 7 tu. Satu sen pun aku tak dapat (bukan berkira tapi ikut logiknya). Aku cuma dibelanja makan Mcd jer tu pun petang pukul berapa ntah baru dapat makan. Tapi satu gambar pun aku tak boleh guna. APA KES? Aku pun dengan lantak-kaulah-aku-peduli-apa, aku upload balik gambar tu. Sebab aku rasa aku ada HAK untuk guna gambar tu, after all, aku shoot guna CAMERA aku dan MMC aku. So gambar tu AKU punyalah. Aku tak tahu macam mana dia boleh dapat tau gambar dia diupload balik, dia sms aku lagi cakap, 'tolong jangan guna gambar tu' dan 'ini antara hidup dan mati'. Aku tak layan. MALAS NAK LAYAN. Dia tengok aku tak reply dia call aku. Suruh delete gambar tu. Aku malas nak layan sekali lagi sebab aku dah bengang dan aku tak nak nanti aku mencarut dengan dia. Aku tetap tak delete gambar tu sebab bagi aku, itu GAMBAR AKU. Kau hanyalah model. Kalau nak diikut logik dan realitinya pun, sejak bila pulak orang yang bergelar "MODEL" yang photoshoot sana sini satu hari suntuk pastu tak nak gambar dipublish? Kalaulah macam tu, memang tak ada guna langsunglah photographer. Setakat nak shoot gambar tapi tak boleh guna langsung gambar tu. Yang aku peliknya, dia pernah jadi model sambilan dan pernah photoshoot sana sini (according to kawan aku tu). Kalau macam tu mestilah gambar dia pun diguna dan dipublish kan? Pendapat korang? Comments and critics please.

2 comments:

Bobby Nuurri said...

pada pendapatan aku yang kelabu asap tok.you're right.you can use that for your portfolio.because you're the photographer.and sedkda contract dari awal nok padah kau sik boleh publish gambar ya.and btw,those pictures ain't personal pictures aight?so,mmg muka nya dipamerkan kat gambar ya.but its not hers.remember that.

btw,
apa maksudnya dengan alasan ANTARA HIDUP DAN MATI?
adakah nya akan benar2 mati mun kau publish photo ya?
atau nya agik bernyawa.
mun nya sik mati bena2.then hell-lah.
you do your thing jak.go and publish it.
dont-gv-a-shit bout her.
=)

farida tarmize said...

wahahah..aku tau sape..n ak lah penyebabnye..i'm so sorry

Post a Comment