Saturday, May 31, 2008

Hujan di Miri

Meet the Fans Session Hujan telah diadakan di Bintang Plaza, Miri pada 31 Mei 2008 (Sabtu lepas). Event dimulakan pada pukul 4 petang. Hujan memulakan persembahan mereka dengan membawakan lagu 'Kuala Lumpur'. Sebaik saja Noh menjerit, "Kuala Lumpur" aku terkejut dan kata-kata, "ha? Kuala Lumpur?" *smirk* keluar dari mulut aku (kalau ada orang yang terdengar aku bercakap sendiri, lantaklah).
I mean, band kau ada lagu yang bertajuk 'Miri', kau datang ke Miri buat show di Miri, and oh, your hometown happened to be Miri tapi kau nyanyi lagu 'Kuala Lumpur'? Kalau aku yang bukan kipas-susah-mati band kau pun terasa, apatah lagi raingers-raingers band tersebut? Hmm...aku tak naklah komen banyak, pandai-pandailah fikir sendiri. Komunikasi di antara Noh dengan peminatnya sangat baik, cuma mungkin AG, Am dan Dukegong diberi peluang untuk berinteraksi juga bersama peminat. Apa-apapun menerusi apa yang aku lihat dalam persembahan yang tidak sampai sejam itu, aku rasa event itu...oklah. Walaupun ada 2-3 lagu yang aku tak tahu. Heh. *shrug* Whatever.

2 comments:

sickchild said...

noh mmg camtu.cakap ikut sesedap ase je.geram gak kngkadang.eee

eatmyshort said...

tau xpe..tu yg byk kes psl band dia tu..xpsl2 band mmbr yg lain pun kena..kesian gak aku tgk

Post a Comment