Wednesday, June 11, 2008

Welcome to KL Bird Park

First time aku pergi KL Bird Park ni ialah beberapa bulan yang lepas. Tu pun untuk shoot assignments aku. KL Bird Park ni taklah jauh sangat dari KL Sentral. Jalan kaki pun boleh (sebab aku pun jalan kaki pergi sana) tapi kalau yang tak biasa jalan jauh tu, memang memenatkanlah kalau nak pergi situ. I didn't expect KL Bird Park ni besar, tapi lepas balik jer dari situ baru aku tau tempat sebenarnya sangat besar dan aku tak habis explore lagi tempat tu dan yang pastinya, aku memang nak pergi balik sebab best. Hehe
Masuk KL Bird Park ni memang bapak mahal. Sekali masuk RM15 beb!! Tak taulah sekarang dengan harga barang semua naik, mungking mahal lagi lah kot. Tapi kesian lagi dengan pelancong-pelancong dari negara lain sebab nak masuk bagi orang luar lagilah mahal, RM35 untuk adult dan RM25 untuk children. Gila mahal kan? Tapi, mahal-mahal pun tempat ni aku rasa lagi berbaloi masuk daripada Taman Rama-Rama (walaupun Taman Rama-Rama tu murah) sebab korang boleh jalan-jalan sambil tengok burung yang tak hanya di dalam sangkar tapi jugak dengan burung-burung yang bebas berkeliaran (betul ke ayat aku ni? hehe) dan berjalan-jalan melihat awan dengan kita. Hoho Masa mula-mula aku masuk tu cuak jugaklah. Yelah masuk-masuk jer tengok burung depan mata dan berterbangan atas kepala. Main entrance dia korang boleh tengok burung kecik-kecik jer tapi comel-comel belaka (cewahh!). Macam-macam warna ada. Warna biru pun ada. Hehe Masuk Zone 1, adalah Brahminy Land. Aku tak tau burung nie species apa tapi rasanya adik beradik helang kot. Kotlah, aku tak tau. Burung ni cantik sangat bila tengok dari dekat. Time ni aku takut sikit nak jalan dekat-dekat dengan burung ni. Yelah, tengok cam garang jer. Paruh dia lagi tajam, kalau kena patuk, fuuhh...aku tak taulah apa jadi. Dalam Zone 1 tu jugak ada burung flamingo. Dalam BM aku tak tau apa. Dah lupa. Hehe dan macam tak percaya jer tengok dengan mata sendiri yang burung ni ada warna pink (kalau yang aku tengok tu species flamingo lah sebab sama jer aku tengok). Kalau korang pegi dekat kolam tempat burung tu berkumpul, hati-hati sikitlah sebab banyak barang baik dorang kat situ. Kalau tak tengok betul-betul boleh terpijak. So, buka mata luas-luas masa kat dalam tu. Dan hati-hati jugaklah takut kena barang baik mereka dari atas (burung tu kan terbang bebas dalam tu). Aku sikit lagi terkena hari tu. Paling best dalam tu bagi aku, adalah bahagian sebelah kiri (dari korang masuk tu) taman ni. Sebab apa? Sebab ada HORNBILL! Haha burung yang sinonim dengan negeri aku Sarawak. Dan masa tu jugaklah baru aku tau yang burung hornbill ni ada macam-macam jenis dan rupa. Tapi nak masuk tempat ni hati-hati sikit. Yang paling penting jangan bawak makanan. Dalam tu pun ada signboard yang bagi warning kat pengunjung situ. Bukan apa, burung ni kan bebas dalam tu pastu kalau burung tu tengok korang bawak makanan, kemungkinan besar untuk burung tu sambar makanan korang adalah besar (dalam erti kata lain, korang akan diattack oleh burung tu). Mesti korang tak nak kan? Tengoklah paruh burung tu macam mana. Naya beb kalau kena. Lepas tu burung ni bukannya kecik. So, kalau tak nak apa-apa jadi, baik jangan bawak. Tempat paling best pun terletak sebelah kiri sebab kat situ ada booth untuk sesi photoshoot dengan burung-burung kat situ. Burung-burung yang ada kat booth tu pun comel-comel jer. Walaupun nampak ganas jer burung tu tapi bila tengok burung-burung tu dengan pekerja kat situ, kita boleh lihat yang burung-burung tu sebenarnya manja ala-ala kucing/anjing gitu. Aku tak ingat berapa bayaran photoshoot tu tapi murahlah. Kalau nak print terus pun boleh. Tapi aku tak buat hari tu sebab aku takut. Huhu kerugian betul! Kat tepi booth tu ada satu sangkar dalam dia ada parrot warna putih. Lawa! Tapi aku lupa nama dia. Burung tu boleh bercakap kalau korang panggil nama dia ataupun kalau korang cakap 'Hello'/'Apa Khabar'. Tapi time aku pergi, burung tu tak nak cakap. Segan kot ataupun tak ada mood nak cakap. Next is World of Parrot punya tempat. Tempat ni memang penuh dengan parrots. Macam-macam warna dan jenis ada. Dan yang paling bestnya korang boleh bagi makan burung ni. Aku sekali lagi tak berani nak bagi makan burung ni sebab burung tu hinggap kat tangan korang bukan seekor dua, tapi semua yang ada kat situ nanti akan serbu korang. Ngeri aku. Haha
Tempat ni memang tak terkata besarnya sampai aku pun tak habis explore tempat ni. Masa tu jugak aku tengah rushing nak shoot architecture sebab lecterur aku dah bagi specific time untuk shoot pukul berapa. Apa-apa pun tempat ni memang bestlah. Berbaloi bagi aku RM15 tu. Tapi, satu jer aku nak ingatkan. Bawak minuman sendiri. Minuman dan makanan kat situ memang mahal. Air 100Plus tin kecik tu dah RM3. Gila tak gila. Haha Anyway, gambar-gambar tu aku amik dari website KL Bird Park sebab memory card aku macam haram dah rosak tak boleh bukak. Habislah semua gambar-gambar aku dalam tu. Huhu Till then, adios!

2 comments:

freeda said...

pde pndapat aku
tourism mesia ni mlakukan diskriminasi trhadap org lua
tp nsb die cas local mura
tp,kalo ikotkn currency dorg lg tgi.so rm35 is not a big deal for them.

eatmyshort said...

agree
bg aku tak pyhla buat harga asing2
klau tmpt best mesti ramai org nk pergi

Post a Comment