1. Kalau nak shoot street photography ni, pertama sekali yang korang kena ada adalah keberanian. Kalau tak berani jangan buat. Percentage untuk kena maki/kejar or what so ever yang berkaitan adalah tinggi. Jadi, kalau minat, tanamkan keberanian dalam diri anda. (p/s: For girls, pastikan jangan pergi shooting sorang-sorang. At least bawak sorang dua member.)
2. Be invisible as possible. Yang ini untuk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku. Member aku pernah sekali hampir kena kejar dengan subjek yang dia nak shoot (masa tu dia buat tajuk 'Pengemis Kota' untuk subjek Photojournalism dia) - kalau kena situasi macam ni, satu cara yang paling mudah to save your ass (lol) ialah blah dari situ secepat yang mungkin. Tinggalkan subjek korang. Kalau sayang camera dan diri sendiri, jangan cuba jadi hero. Korang boleh shoot later on, or carik different angle yang mungkin subjek korang tak perasan korang ada kat situ untuk ambik gambar dia.
3. Sekiranya subjek terperasan korang ambik gambar, tapi korang tengok tak ada tanda-tanda dia nak marah or kejar korang, smiles - nod dan pergi dari situ. Itu kalau korang tak nak dia tanya soalan macam-macam kat koranglah. Kalau terlebih berani, korang approach subjek, bagitau dia tujuan korang ambik gambar and explainlah sikit apa korang buat.
4. Kalau korang rasa it's rude ambik gambar curi-curi, then approach subjek korang dan mintak kebenaran. Would I say this is a good move? Aku tak boleh nak bagi jawapan tepat sebab bergantung dengan korang sendiri. Tapi bagi aku, mostly people would say 'No'.
5. Hati-hati dengan camera korang. Kadang-kadang aku tengok budak-budak sekarang suka sangat gantung camera kat leher then berjalan ala-ala muka bangga ada SLR gitu. Takut aku tengok. Kalau korang shoot dengan compact camera biasa, then aku rasa tak ada apa-apa masalah. Kalau SLR camera, then hati-hati. If possible, lepas shoot simpan dalam beg sebab anything can happen kan? Nak shoot baru keluar camera. Setlah setting yang korang nak guna dulu supaya nak shoot nanti senang. Masa shooting tu, pastikan korang hold the camera by the grips and lilitkan tali camera tu kat tangan korang (kalau SLR).
6. Ni yang penting sekali. Bawak mineral water sebab nama pun dah street, mesti korang jalan jauh kan nak carik subjek-subjek best untuk di shoot. Nanti pengsan tengah-tengah jalan sapa nak tanggung? Huhu
7. Kalau korang nak shoot bangunan, pastikan dulu tempat tu tak ada security guard (aku pernah beberapa kali kena dengan guard ni). Kalau security guard tu cakap tak boleh then blah. Tak payahlah blah terus. Konon-konon pergilah dari situ tapi korang cariklah angle-angle yang guard tu tak nampak korang. Kalau kantoi jugak, jangan lari - photography is not a crime pun kan?
8. Satu cara paling senang nak mengelakkan orang tanya banyak kat korang is berlakonlah ala-ala tourist gitu.
9. Your shot is yours to keep. Defend that. Korang ada hak, end of story. Melainkan gambar yang korang shoot tu boleh memalukan dia (contoh: dia tengah korek hidung ke whatsoever lol) then dia ada hak untuk mintak gambar tu.
10. Lepas habis shooting, pergi makan. Nikmat wooo! Haha
That's all I can share so far kids. Kalau ada apa-apa penambahan, sila-silalah. Bagi korang yang minat photography, mulalah dengan compact camera biasa dulu. Tak semestinya photography kena pakai SLR terus. Perlahan-lahan kayuh. Kalau dah bersedia untuk beli SLR, then go on. Tapi kena ingat, some says, "photography is an expensive hobby". Jadi, sedia-sedialah duit untuk beli equipment-equipment lain. Takkan nak pakai basic kit jer kan sampai tua, mestilah nak upgrade jugak kan? (Aku pun tak upgrade lagi ni. Huhu) Harga equipment yang lain pun bukan murah. Lens dah RM400+ ke atas. Tapi, kalau minat tu dalam, teruskanlah cita-cita dan belilah SLR. Kalau setakat nak ambik gambar sendiri or gambar ntahapantah, batalkan saja niat tu. Buang duit jer beli SLR, compact camera sudah. Tak semestinya kau ada SLR, gambar kau the bomb (gambar aku pun banyak hampeh jugak w/pun aku pakai SLR haha) dan tak semestinya kau ada SLR kau cool or orang seni. Sudah-sudahlah mengejar trend dan ingin berada dalam kumpulan 'cool' people tu. Dorang bukan cool sangat pun. Till then, good luck and happy shooting (menggunakan camera =p)!
2 comments:
huhu,paling teruk aku pernah kena, kena langgar and kena jeling jerk,.
kena langgar sbb benti tgh2 tmpt org jalan kaki, kena jeling sbb aku nak shoot bangunan, alik2 ada pompuan guna skirt kat depan aku..kwang3...
p/s : ujung bulan julai shall we together2 jalan2 ambik gambar?
blh jak..calling2 la..sem dpn pun aku byk bjln juak asa ku coz ada subject photojournalism
:D
Post a Comment