Biar aku bagi dulu rating filem nie sebelum aku terangkan sebab kenapa.
(dan note-to-self: dari hati seorang penonton. Maka jangan kutuk review aku, sebab ini pendapat aku. Pendapat/pandangan kita berbeza.)
Out of 5, aku bagi 2.5
Kenapa 2.5?
Kerana...
aku rasakan filem ini agak membosankan. Dan juga susuk itu sendiri tidak diceritakan dengan lebih teliti (sama seperti apa yang terjadi pada Congkak). Mungkin aku tidak memahami apa yang cuba disampaikan tetapi semakin lama filem dimainkan semakin aku terasa bosan menontonnya dan hampir untuk keluar dari panggung dan melaungkan "I want my RM10 back!" (boleh tak?). Pada awalnya aku sudah mengagak Suzanna (Ida Nerina) itu adalah Suraya (Diana Rafar) - sorry for the spoiler, dan banyak persoalan yang bermain di fikiran aku nie mengenai filem itu sepanjang aku menontonnya.
1. Apa kaitannya ayam dengan susuk?
Mungkin aku tidak mengetahui apa-apa mengenai simbolism or what-so-ever, tetapi aku ingin sekali mengetahui apa kaitannya ayam dengan susuk. Kenapa perlu ada ayam setiap kali Suzanna mencari mangsa untuk dijadikan makanannya. Aku masih memikirkannya sehingga sekarang. Somebody?
2. Kenapa susuk dimasukkan di lengan bukannya di muka?
Bukankah susuk itu dimasukkan di muka? Ataupun memang ada dimasukkan ke lengan. Kalau ada sekalipun, kenapa asyik tunjuk muka lawa jer, tak tunjuk lengan lawa? Bagi orang yang zero knowledge pasal susuk nie, aku rasakan susuk itu perlu diceritakan dengan lebih detail lagi supaya yang menonton nie boleh mendapat clear view pasal susuk. Bukan semua orang tau pasal benda alah nie kan?
3. Apa yang mendorong Suraya untuk melakukan susuk?
Takkan sebab ikut Rozana (Aleeza Kassim) ke rumah dukun tu terus dia tergerak hati nak melakukan susuk? Suraya seolah-olah tak ada sebab yang kukuh, ke kerana dia seorang yang lurus bendul? Ke sebab si Rozana telah menayangkannya bodynya (note: menayangkan body dengan membuka bathrobe depan mata Suraya) kat Suraya terus Suraya nak buat kot? Tapi aku rasa kalau sapa-sapa yang buat susuk pun mesti dia fikir banyak kali dulu kan sebelum dia pakai benda tu?
4. Apa telah terjadi pada Rozana?
Memandangkan semua orang yang ada kaitan dengan Suraya/Suzana mati, apakah yang telah terjadi pada Rozana? Mona mati, kakak Suraya/Suzana mati, Farish (Hairie Othman) mati, Producer Lee (Chew Kin Wah), Marcella (Baizura Kahar) mati - dan aku tak tau kenapa dia dibunuh kerana aku rasa dia tak pakai susuk pun malah dia tak ada kena mengena dengan Suraya cuma datuk Marcella dirawat di hospital tempat Suraya bekerja, itu jer. Nak kata dia buat jahat dengan si Suraya tu tak jugak. Takkan sebab dia tak nak tumpangkan Suraya balik Pandan Indah pun kena bunuh kot?
5. Apa terjadi pada Dukun Dewangga (obviouslylah Adlin Aman Ramlee kan)?
Tugas dia dah selesai ke lepas Suzana bunuh kawan baik dia, Mastura (Norkhiriah). Takkan sampai tu jer tugas dia. Lagipun dia tu kan ala-ala manager si Suzana tu jugakkan?
6. Takkan tak ada report pasal kematian orang-orang yang dibunuh Suzana?
Macam tak logik pulakkan, mati punya kaw-kaw, siap putus kepala lagi tu tapi takkan tak ada report pasal kematian dorang? Paling sikit pun mesti ada berita tentang kehilangan orang-orang tu, contoh Marcella, dah nama pun juara Idola kan, dia mati tak ada orang report ke? Si kakaknya Suraya mati dalam kebakaran rumah tu boleh pulak kan masuk news siap. Takkan yang mati dengan tragiknya tak masuk news? Hmm...macam mana tu? Boleh terima ka tak? Hoho
7. Macam mana Suzana boleh dapat superpower?
Pakai susuk boleh dapat superpower ke? Bila bunuh orang siap boleh terbang-terbang, ada taring, kuku panjang (eh, nie superpower ke?) Biar betik?!
Banyak lagi persoalan yang timbul. Terasa kecewa RM10 aku burn camtu jer. Rasa nak mogok beramai-ramai mintak balik duit tu pun ada jugk. Tapi, apakan daya, nasik dah jadi bubur. Nasib baik popcorn sedap pulak malam tu kan.
However, ada jugaklah scene-scene yang telah membuatkan jantung aku hampir-hampir lari dari kedudukan asal sebab terkejut punya pasal (memang macam sial sikit, haha). Antaranya ialah scene bila Suzana yang degil melanggar pantang larang untuk pulang ke kampung setelah mendapat berita tentang kematian kakaknya. Memang boleh sakit jantung jugaklah dibuatnya. Papehal, korang tutuplah mata masa scene kereta Suzana berhenti tepi jambatan lepas dia lalu kat sana. Haha
Aku rasa tu jerlah kot aku nak katakan tentang filem Susuk buat masa nie. Selamat menonton pada yang belum menonton, tapi pada siapa yang rasanya tak nak ambil risiko meng'burn'kan duit RM10 macam tu jer baik korang tengok filem lain (sapa nak tengok Forgetting Sarah Marshall dengan aku sila angkat tangan!)
...dan kepada kaum lelaki, selamat menonton body Aleeza Kasim dalam filem nie. Jangan berdarah hidung sudahlah ye.
Till then,
cheers
10 comments:
ak nk ikot [angkat tgn dgn tgi skali..]
nsb ak x brminat nk tgk susuk
tp ak xdpt tgk the mummy lg
tgk la kekasih ku seru kt tv3
bukan sikit2 jntung lari
haha
semlm aku tgk siap dkat foyer fakulti aku citer kekasihku seru
siap mencarut aku
mmg mcm haram sikit citer tu kan
dari xsakoit jantung blh sakit jantung
mcm mana tu?
Terima kasih atas ulasan anda!
Simbol ayam dalam Susuk mungkin boleh difahami di artikel ini.
Selamat membaca :-)
tuu diaaa soalan2 maut!!!
per2 hal sy suka baca soalan2 awak ;-)
saudara amir && ajami hashim,
trimas krn singgah di blog & ttg pjelasan kaitan ayam dgn susuk tu
:))
mwahah,,soklan maut bebeys~
hehe, ko tgk kat ner beb?
tgk ramai2 tak best,
kang kwn kacau bila tgk, tak fokus,
so ambik langkah mcm aku, tgk horor movie sorang2..
hehe
well,
aku paham apa yg nak disampaikan,
ko tak ada komen pasal plot and jalan cerita yg belit2..so ko paha lah kan jalan2 cerita nyer..syabas!
sbb orang komplain pasal plot yg tunggang langgang, tapi aku rasakan ok lah...plot mcm drama KAMI.
soklan ko pasal ayam..dah terjawab,alhamdulillah,
aku pun ada ajukan soklan pasal susuk tu tak di dedahkan lagi dan lagi dlm filem, maksudnya bagi la detailkan...??
tapi amir ak jawab, dia jwb soklan lain je kat etry aku..tak pe tak pe,
tapi jwpn paling senang ialah, sbb this is filem misteri susuk, bukan filem dokumentari susuk...haha
tapikan, soraya tuh mmg lurus bendul..
kalau ko perhatikan baek2 ler,
mwahaha,
dia tak tau pon pasal susuk,
then boleh plak kecohkan pasal susuk kat komposer muzik bangsa cina tuh..
erm and aku fikirkan, yg superpower tuh, alah, kan susuk tu datang dari kaum kerabat jin setan, and si ida nerina kan dah pakai susk keramat yg paling power, so jin and setan ni kasik la power diorang..wahahaah
deennasour:
oh ek cmtu?
jln cerita dia aku rasa sng nak phm..
klau org ckp xphm tu aku xtaula kenapa..
anyway, sekurg2nya movie nie blh jd cthlah kt pengarah filem yg lain..
jgn buat movie mcm prof ape name ntah..
mengarut2
Deleted scene (kalau tak di-delete) ini mungkin dapat menjawab serba sedikit soalan #6 (kenapa org tak kecoh pasal pembunuhan selebriti?). Kami potong sebab kami rasa tak perlu; kita boleh 'take it for granted' yg satu Malaya termasuk selebriti lain akan kecoh.
"Marcella (Baizura Kahar) mati - dan aku tak tau kenapa dia dibunuh kerana aku rasa dia tak pakai susuk pun malah dia tak ada kena mengena dengan Suraya cuma datuk Marcella dirawat di hospital tempat Suraya bekerja, itu jer"
Aku kalau jadi suraya, Miss Idola tu confirm akan jadi 1st on list utk dikerjakan... Marcella: "Saya kagum la dgn awak boleh kerja kat tempat macam ni, jaga orang tua yang tunggu nak mati, kalau saya eeee x sanggup" cissssss, rasa nak cakar-cakar jer muka dia...
citer yg sungguh busan .
Post a Comment