Wednesday, August 13, 2008

Demonstrasi Bantahan 10% Kemasukan Bukan Bumiputera

One plain simple word, "ridiculous". Aku setuju dengan kata lecturer aku , instead of doing bantahan semua tu, why not they think of kenapa MB Selangor buat macam tu. Fikir jauh sikit. Bukan maknanya aku nie lupa daratan ke apa lagi tohmahan yang korang nak kata dekat aku lepas baca nie, tapi honestly sepanjang aku duduk sini 2 tahun, aku dah penat dengan isu-isu perkauman nie. Penat dengan segala-galanya yang berkaitan dengan Melayu ini, Melayu itu, Melayu berhak ini, Melayu berhak itu. Aku dah tak larat dengar semua tu dalam news setiap hari, kadang-kadang aku muak. Kalau aku boleh muntahkan semua tu, aku muntahkan.

Apa salahnya kita membuka kemasukan bukan bumiputera ke UiTM? Mungkin dengan adanya bangsa-bangsa lain kita boleh meningkatkan daya saing untuk belajar dan memajukan diri kita sendiri. Mungkin dengan adanya bangsa-bangsa lain juga, kita takkan malu untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sesama sendiri. Mengapa? Kalau kita berkomunikasi dalam bahasa Inggeris percentage untuk kena kutuk adalah tinggi kan. Bukan oleh orang lain pun, oleh orang MELAYU kita sendiri jugak. Inikah yang dikatakan dengan bangsa kita sendiri pun kita boleh bersaing?

Untuk menulis tentang hal ini aku sudah tidak larat. Bukan hanya kaum bukan bumiputera yang tertindas, malah golongan yang dari Sabah dan Sarawak juga kena tempiasnya. Berapa kerat orang di sana dapat masuk UiTM? Tak banyak bukan. Kalau dapat masuk pun mungkin kerana kami telah memohon beberapa kali setelah direject. Aku sendiri telah direject sebelum dapat masuk ke sini, padahal aku juga Melayu. Result aku teruk sangat ke? MUET aku buruk sangat ke? Adakah kerana nama bapak aku pelik atau mak aku Kristian masuk Islam? Berapa banyak orang yang pandang serong terhadap pelajar Kristian yang memakai rantai salib di UiTM nie? Ramai. Sangat ramai. Memandang mereka seolah-olah mereka tu penjenayah yang paling dikehendaki.
*note: ini bukan rekaan, tapi yang betul-betul terjadi kepada kawan-kawan aku yang non-Muslim. Bayangkan, betapa malunya aku mendengar cerita mereka.

Bukan aku tidak menyokong untuk mempertahankan hak bangsa sendiri, tapi kalau nak buat pun fikirlah secara mendalam akan apa akibatnya nanti. Buat benda macam nie tak kah akan memburukkan lagi keadaan yang sedia buruk? Aku nak hidup boleh berkawan dengan mana-mana bangsa tanpa mereka memikirkan kita nie bangsa yang mementingkan diri sendiri. Mana perginya 'Malaysia negara berbilang bangsa bersatu padu'? Mana? Tong sampah? Aku bukannya nak memuji negeri sendiri tapi kenapa negeri aku tak ada pun masalah perkauman seperti di sini? Padahal di sana lagi ramai kaum berbanding dengan di sini yang hanya ada 3 kaum. Kenapa boleh sahaja hidup tanpa mempersoalkan hak ini hak itu?

Dahlah. Aku dah malas nak bercerita panjang. Sakit hati dan terkilan. Biarlah kau nak kutuk aku apa pun, aku tak nak bangsa kita yang jadi mangsa akibat perbuatan kita sendiri. Apa-apapun, "lu pikirlah sendiri, Assalamualaikum".

*updates:
- aku tak nak jadi mangsa kalau perkara ini berlaku. kalau ia berlaku, ha, jilat balik ludah sendiri.

8 comments:

Bobby Nuurri said...

agree! if kita di tempat kita. there's no such things as racism. we accept bangsa lain sebesar-besar hati. cina boleh cakap melayu sarawak. melayu boleh cakap iban/kayan/cinaa/etc.

aku mula rasa racism bila aku jejak kaki ke tanah melayu yang kononnya jaoh lebih 'bersatu-padu' antara bangsa-bangsa. aku jaoh sekali salahkan melayu je. semua sama. melayu nak kawan melayu je. cina pon kawan ngan cina je. india pon x terkecuali.

konon cakap US racist. well believe it or not. MALAYSIAN nye percentage of racism is a lot higher than the states.

apa salahnya berkawan ngan semua orang. bukak sikit kepale hotak. kalau kita bersatu padu pun negare kita jugak yang untung.

and dalam isu perkauman ni. semua bangsa nak makan bangsa lain.
aku yang dikatakan terlalu NATURAL dalam isu ni sering dilabelkan sebagai IGNORANT oleh bangsa sendiri. well im like u amie. HALF BLOOD.

just stand with what we believe in.

(aku post pakei bhs malaya, supaya suma dak tok paham apa dipadah aku)

hehe!

in motion said...

true, so true

Sue.Aleen said...

saja singgah. rupanya entryku berada di blogmu... melawat blog saya tak tinggal jejak pun.

saya salah seorang yang tidak memandang 'pelik' pada pelajar non-muslim. masa study dulu dalam 1 batch ada 5 anak sarawak. salah seorangnya non-muslim bernama bonnie. we're pretty closed!

then, tinggal di townhouse seksyen 7, juga ada 2 teman serumah yang non-muslims. salah seorangnya dipanggil dengan nama Q. pernah sekali dia berkata, "baguslah orang Islam ni. disiplin time sembahyang, tak macam agama aku".

mungkin disebabkan saya dibesarkan di kalangan jiran² yang berlainan bangsa menyebabkan saya appreciate dengan bangsa lain yang sama² memajukan negara.

impak dari perlakuan dia orang yang join demo ni bukan takat pada diri mereka sendiri, termasuk junior & senior yang tidak terlibat. dah la majikan ramai yang berbangsa asing. bila fikiran dah jauh menyimpang, itulah hasil yang akan berlaku.

Sue.Aleen said...

mungkin jugak masa saya belajar dulu isu perkauman ni boleh dianggap tak wujud langsung....

bila disajikan melayu itu melayu ini... secara automatik saya rasa macam nak muntah. letaklah kepentingan negara melebihi kepentingan bangsa, negara pasti akan lebih maju sebab tiada sikap prejudis sesama sendiri.

in motion said...

kak suealeen,
btol tu..mereka mesti xterfikir yg kerja nnti berapa kerat jer majikan melayu
jgn nnti bnda tu mkn diri sendiri sudah..
&& nnti kesianlah mereka yg xterlibat..sy nie pun dah takut gak nie..dah nak grad xlama lg..xtau la mcm mana
malu nk mengaku stdent uitm

farida tarmize said...

well i agree with all of the comments..aku pegi pon sje nk tgk ape yg dorang perjuangkan..kadang2 aku tgk dorang lebih pejuangkan hak orang melayu..stau aku uitm for bumiputera.

klas degree ak ne de dak bumi
ko tau la mie
klas dip spe je?
si eykal n ashbel bdk sabah

kdg2 ak xphm lak..
ke ak yg still blur2
tp i'm well prepared
tok keje dgn non-malays

in motion said...

kita mmg well prepared utk kerja dgn org bkn melayu
tp skrg bnda mcm nie dah jd, mana lg dorg nak pndg student uitm
silap2 resume kita semua masuk tong smph sbb mslh nie
xtaula nnti mcm mana

Anonymous said...

No comment.. Apa2 hidup keadilan :) Peace one love!

Post a Comment