Tepat jam 12:00pm kapal terbang aku da landing kat LCCT. 20mins lebih awal. Landing jer aku terus pergi toilet. 2jam beb tahan. nak guna toilet dalam kapal terbang tu malas. sepanjang aku flying back and forth miri - shah alam, satu kali pun aku tak pernah guna toilet dalam tu. reason? ntahla. aku pun tak tau. haha faliq was late, but it worth it. faliq nie member aku dari aku form 1 dulu. 10tahun aku kawan dengan dia. first time jumpa lepas dia pindah sekolah is when aku datang shah alam untuk kali pertamanya. lepas tu dah tak jumpa. masing-masing busy dengan studies. 2tahun tak jumpa. fuuhh. gilalah. dia bawak aku jalan-jalan pegi ou. and that was my first time jejak kaki kat sana. aku pun menjadi jakun sekejap. haha
13/07/08
Pergi teman moonsyi pergi shopping 50mm lens dan kasut baru dia. jeles beb, dia dah beli speedlight + lens. aku bilalah lagi? (sapa-sapa ada job, tolonglah pass kat aku :D) lepas tu, dia balik pergi dating. aku singgah sunway piramid, nak carik kasut jugak untuk kuliah. letih jugak pusing-pusing. pastu terjumpalah kedai tsc. flat dr cardin. comel jer. inilah antara perbualan aku dengan pekerja kat situ:
aku: dik, kasut nie ada size 5 x? (kasut everlast color itam, comel doh)
budak 1: *belek-belek kasut tu* takdelah kak.
aku: *frustrated* emm..ok
aku usya lagi kasut lain. banyak gila yang comel-comel. kasut everlast gak, polka dot. aku tanya budak tu lagi. budak tu selamba jer jawab, "takdelah kak." dalam hati aku, kepala hotak kau. kau tak check mana nak tau. aku usya lagi. kasut brand sama. tapi color putih. aku tak berkenan. aku tanya lagi budak yang sama dan sekali lagi, "takdelah kak, color nie jer ade". what the frigg? ko tak pegi check lagi mana nak tau? aku sabar lagi dan usya lagi. kali nie dr cardin, tapi aku tanya budak lain. nasib baik kali nie budak tu ok. pergi check dalam store ada ke tak stock dan nasib baik ada color itam size 5. hoyeaahh!
14/7/08
hari isnin, kelas pertama aku - photojournalism. tapi disebabkan ketua program aku busy kemaskan barang dia, so kelas batal. aku yang sudah sedia malas pun angkat kaki bila en. lan suruh angkat barang dia. hoho. pukul 5 kelas business. boleh tahan. subject tu aku minatlah sikit-sikit walaupun kadang-kadang mata aku dah nak tertutup dengar syarahan lecturer tu. tapi sebab aku duduk depan so tak boleh nak melelapkan mata walaupun beberapa saat. eheh dalam tu dahlah sejuk, nak klua pun tak boleh, takut nanti terlepas pulak benda penting. tahanlah sampai pukul 7:30pm. habis kelas, toiletlah lokasi favourite. before pergi makan malam beramai-ramai dengan classmates aku (tak ramai pun, 4orang jer) sempat jugak borak dengan lecturer aku. dia ajak pergi shooting, kali nie bukan dengan camera, tapi dengan real guns. dayeeem! semestinya kitorang nak. free beb! sapa tak nak? lepas makan macam biasa la, aktiviti borak-borak. cerita pasal praktikal. lepak sampai pukul 9 then balik. nasib baik tak lama tunggu bas.
15/7/08
kelas hari nie dimulakan dengan seminar. dr mus ajar critisizing photographs. pergh, jam gila otak aku. dah berkarat tak guna kan? ngantok tahap dewa jugaklah. maunya tak pening kepala aku menahan ngantok. habis jer kelas, terus naik work station. kelas individual study 2. hari nie presentation work individual study 1 sem lepas. aku paling malas bab-bab presentation. lepas present, en sabki suruh aku pilih mana satu aku nak. aku pun pilih fine art photography dengan photojournalism. tapi tak ada idea lagi nak buat apa. maybe fine art nak buat hdr tapi cam dah berlambak-lambak orang buat hdr nie. takpelah, nanti aku fikir lagi. untuk photojournalism aku tak tau nak buat apa lagi. maybe just stick to street photography tapi ntahlah. aku nak buat work yang lagi power. so far tak ada idea lagi. habis kelas, lunch then kelas methodology. lagilah aku mengantok. lepas makan, perut penuh, memanglah kan. memang ngantok tahap dewa (ngantok jer kerja aku nie). tapi tak boleh tido jugak pasal dia selalu tengok row aku and dia suka panggil orang yang duduk belakang. haha habis kelas 3:50pm, lepak minum dengan classmates aku lagi. pastu naik kolej nak apply dok kolej balik. tunggu bas nak balik satu hal. 4:30pm memang standard bas stop kat seroja tu penuh gila babi. naik bas pun macam sardin. sardin pun tak macam tu kot. lepas tu naik cc dan sekarang tengah menaip blog.
sekian, terima kaseh
1 comments:
slamat blaja bebeh
nnt leyh la dtg exhibition kt fac ak
Post a Comment