sebenarnya tadi aku sudah punya idea untuk menulis apa, iaitu, tentang sahabat lama aku yang aku rindui setiap masa. tapi sekarang, apabila terbaca blog orang lain, aku dah tak tau nak tulis yang mana satu, dah banyak benda pulak aku nak tulis. uhuu. biar aku cerita semuanyalah, ya? jika entry terlalu panjang dan bosan dibaca, sila click butang 'X' kat atas tu, hehe.
* * * * * * * * * *
aku rindu sahabat lama
dulu, masa aku muda-muda (sekarang pun muda lagi hehe), aku bukanlah aku yang sekarang nie. dulu, aku seorang yang sangat
happy-go-lucky. dulu, aku tak punya banyak sahabat yang terdiri daripada golongan perempuan. ada pun, dua tiga kerat saja. mungkin tu lah kot sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada ketidakayuan aku sekarang (heh). aku ingat lagi masa aku sekolah menengah dulu, betapa susahnya nak memenangi hati perempuan-perempuan untuk menjadi
my new bff (ceh). lama-lama aku pun give up, lantakla, nak kawan, kawan tak nak tidak apa. aku malas nak mengejar standard-standard yang ditetapkan kerana aku tau percentage untuk aku mencapai tahap piawaian itu adalah sangat rendah sekali. kuikuikui dipendekkan cerita, dulu kan famous zaman
skate, aku pun tidak ketinggalan untuk berjinak-jinak dengan sukan itu. alaa..belajar sekerat jer, ollie pun tak lepas. hahaha disebabkan itulah, aku dipertemukan (chewah) dengan dua makhluk Tuhan nie yang sampai sekarang aku anggap sebagai kawan baik yang paling best. mereka berdua bernama Oen Grind dan Incek Grind (nama sebenar Rozzie, tapi dia nie lelaki tau). kitorang punya minat mendalam yang sama iaitu, papan luncur. kami
start hangout sama-sama selepas seorang makhluk Tuhan yang aku tak ingat siapa memperkenalkan kepada kami filem
Grind. lepas kami menonton filem tersebut, maka terciptalah angan-angan tinggi menggunung untuk membuat
skate team sendiri. aku diberi gelaran Jamie, Oen adalah Sweet Lou dan Incek adalah Dustin (sebab tahap jackass dia kurang sikit hehe). tiap-tiap petang kitorang akan lepak sama-sama main
skate kat rumah aku. aku yang agak bongok sikit dalam
skate nie selalu kena marah dengan dorang, kesian dorang, bersungguh-sungguh ajar aku main benda alah tu (maaf kalian, aku masih tidak lulus main sampai sekarang). dengan dorang, aku rasa sangat gumbira sekali, aku selesa menunjukkan diri aku yang sebenarnya, iaitu seorang
jackass tahap sederhana. haha aku ingat lagi dulu aku pernah buat
gazette tentang
skate scene di Miri tapi hanya satu naskhah saja sebab tidak mendapat sambutan. buat
copy pun bila ada orang mintak jer. tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus berusaha (dengan nada berkobar-kobar. hehe) dorang pun tak henti-henti
trained aku, setiap kali ada masa terluang dorang datang lepak rumah aku. rindu zaman dulu, zaman "
i don't give a damn" terhadap ingin menjadi
center of attention ataupun mendapat
approval dari mana-mana pihak sebelum boleh masuk dalam '
community' mereka. haih, dah banyak benda berubah. sekarang nie, masing-masing dah ada benda yang ingin dicapai. aku pun dah jarang
contact dorang.
last raya pun tak dapat nak berjumpa sebab tak tau lokasi dorang kat mana. huhu. sedih :( sedih sebab sekarang banyak benda yang perlu difikir. sekarang nak carik kawan yang betul-betul dibuat kawan pun susah. aku rindu pergi ke mana-mana tanpa risau nak pakai baju apa. sekarang nie, kalau aku pakai
tracksuit dengan t's jer aku rasa segan sebab yang lain semua pakai lawa-lawa padahal nak beli Kotex depan rumah jer :( sekarang dah ada kekaseh, kena belajar pakai cantek-cantek,
dressup baek sikit, ayu banyak sikit. haha rindu kat orang yang tak ambil pusing semua tu, yang penting aku adalah aku. waaa..sangat-sangat rindu! sahabat-sahabat Grindku, kembalikanlah amie shahrimie
the jackass yang dulu sob sob
(nak buat cammana, takkan nak jadi
jackass sampai ke tua..nanti kekaseh pun lari)
* * * * * * * * * *
aku nak beli baju barusebenarnya hasrat nak beli baju baru dah lama tersimpan dalam hati (ceh). tapi setiap kali aku keluar jer, duit habis ke buku dan jugak makan. kalau beli buku bukan satu, nak beli dua. kalau ada majalah murah, beli sampai tiga. kalau bosan terlampau-lampau beli komik pulak. buku, majalah, komik pun bukan murah sangat. satu buku kadang-kadang belasan ringgit. haritu aku usya kat FOS, ada satu t's yang sangat comel aku nak beli, tapi tak terbeli-beli sampai sekarang. aku pun nak beli jeans baru sebenarnya. seorang makhluk Tuhan dah tegur aku pakai jeans yang sama jer. heh, malu tapi aku suka jeans nie. selesa. hehe ada dua lagi jeans aku dalam beg tu, tapi dah tak feel pakai, yang nie jer aku suka. biar tak cuci berbulan-bulan lamanya (opps, pecah rahsia aku). tak apala, nanti balik cuti sem, aku basuhla. kuikuikui duit pun kadang-kadang habis ke cc, sebab aku suka online bila aku bosan. aku
online pun bukan sekejap, mau berjam-jam lamanya biarpun tak ada benda aku nak
surf. mungkin aku dah terbiasa
online 24/7 kat umah kot. assingments aku lagi. jadi, duit tinggal untuk beli baju dah tak ada. uhuu ): tak apalah, nanti ada rezeki aku beli baju baru.
(aku pun dah bosan pakai baju sama hari-hari. nanti dah tak ayu keke)
* * * * * * * * * *
aku nak berubahnak ubah penampilan sikit. nak jadi keperempuanan sikit (sikit jer). nak belajar berani bercakap (nie nak banyaklah) dengan orang lain supaya nanti tak di'cop' sombong, kerek, berlagak dan sewaktu dengannya oleh sahabat-sahabat kekaseh mahupun orang lain. aku tau, sekarang pun mesti dorang dah cakap aku macam-macam, sebab aku bukan jenis yang petah bercakap bila dengan orang yang aku tak kenal. aku nie pendiam jer, tapi dalam blog, aku memang banyak modal untuk 'berkata-kata', mungkin sebab aku tidak perlu
face-to-face bersama kalian yang sedang membaca sekarang. aku tau mesti sahabat-sahabat kekaseh ingat aku berlagak sebab bila keluar dengan dorang, aku tak sentuh pun kamera aku, simpan dalam beg jer. bukan sebab aku tak nak berkongsi ilmu ke apa, tapi terus terang aku katakan, fotografi sudah membosankan bagi aku.
assignments aku pun banyak macam taik.
lecturer aku pun cakap gambar aku macam budak baru belajar
shoot.
composition hancur. nanti kalau aku cakap aku tak tau
shoot satu-satu gambar mesti aku kena kutuk, "takkan budak sijil kena ajar budak
degree?" (
sigh) macam-macam aku nak ubah sebenarnya. tekanan betul. aku nie, fikir terlampau banyak. mana tak jiwa kacau (tau takpe).
(susahnya nak amik hati semua orang. kadang-kadang sampai kita sendiri yang terluka. ceh hoho C=)
to be continue..if i want to sambung baliklah hehe